Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan

Kemalangan Lucu: Kren Penyelamat Terpaksa Diselamat

>> 23 Jun 2014

Sebuah kereta terjunam ke dalam air sebelum sebuah lori kren dipanggil untuk menarik keluar kereta itu. Semasa sedang menjalankan tugas menyelamat, lori kren itu menjadi tidak seimbang, menyebabkannya turut masuk ke dalam air. Tidak lama kemudian, sebuah lagi lori kren yang lebih besar datang untuk menyelamatkan kedua-dua "mangsa", namun nasib sama menimpa lori kren yang baru datang apabila ia turut menyertai dua "mangsa" yang masih berada di dalam air. Mesti bengkek giler tuan kereta.

kemalangan kren
Kren penyelamat terpaksa diselamat, namun masih tak selamat.

Berwaspada Menunggang Motosikal Ketika Hujan

>> 24 November 2013

Kekerapan hujan sekarang ini menandakan musim tengkujuh yang akan kembali. Hujan yang turun tidak menentu semestinya akan membasahi jalan raya dan menyebabkan air bertakung di sesetengah laluan yang selalu kita gunakan untuk kegunaan harian


Kalau tempat air bertakung tu molek jalannya, selamat lagi kita. Kalau kat situ tiba-tiba ada lubang, naya kot. Sedia maklum dengan keadaan jalan di negara kita macam mana. Baru je turap, pastu gi korek balik tanam kabel bagai. Seram rasa kalau kena menunggang motosikal di laluan macam ni.

Buat Suami Atau Bakal Suami Yang Disayangi Dan Dicintai

>> 19 November 2013

Menurut sumber, petua-petua berikut daripada seorang pakar motivasi terkenal negara. Walaupun aku lelaki dan masih bujang, rasa menarik pula bila baca mende ni - Langkah-langkah Bestari Suami Mithali.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari? 

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 


Motivasi Diri: Setiap Manusia Boleh Melakukan Perubahan

>> 30 Disember 2012



Tolong Ajar Aku Buat Facebook Boleh Tak?

>> 28 Julai 2012

Safwan: Weh! Tolong ajar aku buat Facebook boleh tak?

Ajib: Boleh. Ko dah ada depan komputer ke?

Safwan: Dah. Aku dah ada email pun.

Ajib: Cantekk! Ok, sekarang ko bukak browser Firefox atau Internet Explorer.


Safwan: Browser tu ape?...

Ajib: Laa. Ko klik menu 'start', lepas tu cari tulisan 'Internet Explorer'.

Kenapa Suami Merokok

>> 22 Jun 2012

Isteri: "Abang, dah berapa kali saya cakap. Jangan merokok di dalam rumah!"

Suami: "Iya, abang tau sayang".

Isteri: "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan".


Suami: "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok ni, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan gejala merokok di negara kita".

Pesanan Seorang Nenek Kepada Cucu-cucunya

>> 19 Mei 2012

Pesanan ini daripada seorang nenek kepada golongan muda terutama mereka yang menggunakan laman sosial Facebook dan blog. Disebabkan nenek ini orang putih, ada unsur kebaratan dalam pesanan-pesanannya. Kalau tak semua, sikit-sikit pun kita akan bersetuju dengan pendapat nenek ini. Ikuti 10 pesanannya di bawah.

"Never, ever LIKE your own post. It makes you look needy."

2 Orang Gadis Dikejar Perogol

>> 18 Mac 2012

Ada 2 orang gadis. Salah seorang daripada mereka berfikir menggunakan matematik (M) dan seorang lagi berfikir menggunakan logik (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati sebatang jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…

M: Adakah kamu perasan ada seorang lelaki sedang mengikut kita sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia ada niat jahat.

L: Itu hal yang logik. Dia ingin memperkosa kita.

M: Oh, tidak! Dengan langkahan seperti ini, dalam masa 15 minit, dia mampu menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan?

L: Hanya ada 1 cara logik yang harus kita lakukan iaitu berjalan lebih cepat.

M: Itu tidak banyak membantu, macam mana ni?

L: Tentu saja ia tidak membantu. Logiknya, kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan langkahnya.

M: Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan langkahan kita seperti ini, dia mampu menangkap kita dalam masa dua setengah minit.

L: Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan saya ikut jalan yang ke kanan. Sehinggalah dia tidak boleh mengikut kita berdua dan hanya salah seorang yang akan diikut olehnya.

Gambar Yang Diambil Tepat Pada Masanya (Versi Angker)

>> 12 Mac 2012

Kalau berani, cuba tengok gambar-gambar di bawah. Bukan apa, takut nanti ada yang tak boleh nak tidur malam, takut nak buang air atau trauma je. Bukan sebab aku prejudis kepada kaum wanita ye. Saya suka perempuan! Cuma nampak macam over sangat mereka ni.



Apa Salahnya Lelaki Jadi Model Kereta?

>> 12 Januari 2012

Kenapa lelaki tidak boleh jadi model kereta? Bagi aku, tak salah rasanya kalau lelaki diberi peluang jadi model kereta. Jangan pose macam dalam gambar-gambar di bawah sudah. Memang boleh jadi bahan kutukan dan muntahan. Itu semua pose perempuan. Memanglah jijik kalau lelaki pun buat. Apa salahnya pose sebagai lelaki?

Aku tahu gambar-gambar di bawah hanya sekadar gurauan. Tapi secara realitinya, majoriti model kereta ialah perempuan. Kenapa?


10 Sebab Cuci Motosikal Lebih Baik Daripada Be'romance'

>> 22 Disember 2011

  1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok 'dada' motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi jawab telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
  6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
  10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

sumber : jiwang.org

Bibik Kejang Gara-gara Harun Salim Bachik

>> 09 Disember 2011

Bibik Menjawab Telefon...

Kali pertama,
Pemanggil (X) : Helloooo...Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah nombor...Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud...

Kali ke-2,
Pemanggil (X) : Helloooo...Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Free Download Filem Ombak Rindu

>> 07 Disember 2011

Sinopsis: Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela. - sambung baca di nurizspace

Luaran Bukan Ukuran

>> 23 November 2011

Jangan ingat anda bagus sangat...


Mungkin anda paling ditakuti oleh orang lain...

Berhati-hati Ketika Bergambar Bersama Monyet!

>> 10 November 2011

peringatan untuk awek-awek yang suka tayang tubuh kepada umum. ini mungkin salah satu akibat daripada tindakan anda. bukan setakat orang je, monyet pun jadi tak duduk diam...

kononnya nak berjinak-jinak dengan monyet...

Bila Diri Overconfident Semasa Bergambar

>> 05 November 2011

Entah macam mana membe aku boleh forward email yang mempunyai attachment seperti gambar-gambar di bawah ni. Memang pelik taste orang KL sebab membe aku yang forward ni kerja kat sana. Bagi aku inilah kesan bila diri overconfident semasa bergambar. Parok sangat gayanya. haha...


Jangan Menggaru Kemaluan Dalam Kelas!

>> 03 November 2011

Menggaru…memang nikmat kalau kena tepat pada sasarannya. Macam yang pelajar di bawah ni buat.


Ruginya Pompuan Ini

>> 19 Oktober 2011

Lelaki : Saya nak kawin dengan awak.

Pompuan : Awak ada Mercedes or BMW?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Awak ada banglo?

Lelaki : Takde.

Pompuan : Berapa gaji awak?

Lelaki : Saya takde gaji...

Pendekatan Positif

>> 24 Julai 2011


APAN dapat kat SINI!

APAN menambah : letih...menunggang motosikal jer dari felda ke rumah sewa. masa untuk berehat dan layan movie lak lepas ni. huhu...selamat hari isnin dan bekerja esok!

Anda Pasti Gigi Anda Digosok Dengan Betul?

>> 09 Julai 2011

teringat dulu masa sekolah rendah, setiap tahun aku akan diajar menggosok gigi dengan betul oleh orang yang datang daripada kementerian gigi. kalau tak bawa berus gigi masa tu, terpaksa guna jari telunjuk je gosok gigi.

mari kita tengok mamat maskulin ni lak gosok gigi macam mana. penuh dengan gaya dan kerakusan tu. mungkin boleh dipraktikkan lepas ni...


  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP