2 Orang Gadis Dikejar Perogol
>> 18 Mac 2012
Ada 2 orang gadis. Salah seorang daripada mereka berfikir menggunakan matematik (M) dan seorang lagi berfikir menggunakan logik (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati sebatang jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M: Adakah kamu perasan ada seorang lelaki sedang mengikut kita sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir dia ada niat jahat.
L: Itu hal yang logik. Dia ingin memperkosa kita.
M: Oh, tidak! Dengan langkahan seperti ini, dalam masa 15 minit, dia mampu menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan?
L: Hanya ada 1 cara logik yang harus kita lakukan iaitu berjalan lebih cepat.
M: Itu tidak banyak membantu, macam mana ni?
L: Tentu saja ia tidak membantu. Logiknya, kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan langkahnya.
M: Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan langkahan kita seperti ini, dia mampu menangkap kita dalam masa dua setengah minit.
L: Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan saya ikut jalan yang ke kanan. Sehinggalah dia tidak boleh mengikut kita berdua dan hanya salah seorang yang akan diikut olehnya.
Setelah kedua-dua gadis itu berpisah, ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logik (L). Gadis matematik (M) tiba di rumah lebih awal dan kuatir akan keselamatan sahabatnya. Tidak berapa lama kemudian, gadis logik sampai.
M: Oh, terima kasih Tuhan! Sahabat saya tiba dengan selamat. Eh, bagaimana pengalaman kamu diikut oleh lelaki tadi?
L: Setelah kita berpisah, dia mengikut saya.
M: Ya..ya..tetapi apa yang terjadi selepas itu kepada kamu?
L: Sesuai dengan logik, saya terus berlari sekuat hati dan lelaki itupun berlari sekuat hatinya…
M: Dan…dan…
L: Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati saya di suatu tempat yang gelap…
M: Lalu…apa yang kamu lakukan?
L: Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan iaitu mengangkat kain saya…
M: Oh…lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L: Sesuai dengan logik, dia melorotkan seluarnya…
M: Oh, tidak! Apa lagi yang terjadi selepas itu?
L: Logik bukan, Kalau gadis yang mengangkat kainnya, lariannya lebih cepat daripada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya? Akhirnya saya terlepas daripada lelaki itu!
0 komen:
Catat Ulasan