Aksi Terlampau Si Tembam Lu Hao
>> 24 Mac 2012
Lu Hao dilahirkan pada 1 April 2008 (menurut satu sumber di Facebook). Dia berjaya mencuri perhatian beberapa pihak disebabkan mempunyai badan yang terlalu sihat berbanding kanak-kanak lain. Semasa dilahirkan, beratnya hanya 2.6 kg. Mungkin berat normal kepada bayi yang dilahirkan. Aku tak tahu sangat normal ke tak sebab belum beranak lagi.
Menurut ibu bapanya, beratnya naik mendadak ketika Lu Hao berusia 3 bulan. Dia dikatakan mampu menghabiskan 3 mangkuk nasi untuk sekali makan setiap hari. Tak peliklah dia boleh dapat badan yang sihat macam ini. Moh tengok beberapa gambar kekembungan adik ini.
Ibu bapanya sudah berusaha untuk memastikan dia sentiasa aktif. Antara yang dilakukan ialah dengan membawanya berjalan-jalan dan bermain bola keranjang. |
Bersama ayahnya, Lu Yuncheng dan ibunya Chen Yua. Kelihatan emak ayah budak ini tak ada lah besar sangat. |
Para doktor tidak tahu dengan tepat punca sebenar yang dialami Lu Hao tetapi mungkin kerana "Syndrome of the Emperor". |
VIDEO BUDAK COMEL TERLAMPAU!
Bukti dia sangat popular. Ada juga yang menjadikan gambar adik ini sebagai gambar profil dalam Facebook. |
Semua gambar dipercayai diambil pada tahun 2011 ketika Lu Hao berusia 3 tahun. Aku tak jumpa lagi perkembangan terbaru dia sekarang. Siapa sanggup jadi popular dengan keadaan macam ni? Beringatlah sikit. Kalau nak juga, perlu tahu Bagaimana Proses Buang Lemak Dalam Badan. Baru tak meyesal.
0 komen:
Catat Ulasan