LTdL 2012: Pekan-Chukai Dan Jalan Beserah
>> 04 Mac 2012
Tanggal 2 Mac 2012, perjalanan sejauh 100.8 km terpaksa dilalui oleh para peserta LTDL dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu. Aku sempat turun melihat suasana perlumbaan peringkat ke-8 ini sebab Jalan Berserah termasuk dalam laluan. Jarak yang dekat dan kerja yang tak berapa nak ada di pejabat merangsang aku mengikut membe sekerja yang lain untuk mengular.
Jalan ditutup kepada kenderaan awam. Lokasi: di hadapan Tunas Manja Jalan Beserah. Persimpangan lampu isyarat yang jaraknya dalam 150 meter di hadapan dibuka untuk satu arah sahaja. |
Para pengayuh basikal yang ringan dan mahal ini dilepaskan dari Pekan sekitar pukul 9 pagi. Dijangka para peserta akan melepasi pejabat aku pukul 10 pagi. Tapi pukul 9.30 pagi pun semua dah pakat turun sebab terdengar bunyi helikopter berlegar-legar di ruang udara.
Antara rakan sekerja yang turun. Pejabat aku bangunan yang belah belakang. |
Tak sangka, ramai juga orang yang berhenti untuk melihat dengan lebih dekat. |
Kelompok kecil pelumba yang dimaksudkan. Lokasi aku berada ini juga merupakan kawasan pendakian untuk peringkat ke-8 ini. Tapi semua peserta nampak selambe je. |
Ditambah malang sebab jumlah kereta pengiring yang boleh dikatakan lebih banyak daripada peserta. Berderet Proton lepas tu, masing-masing pun laju semacam. Basah sudah. |
Bila semua kereta pengiring habis lalu, baru selamat untuk menyeberang. Elok-elok pula lepas tu hujan berhenti.
Aku tak minat pun sukan berbasikal ni. Tapi tak salah juga rasanya kalau pergi tengok kan?
Trivia sebelum hari-hari perlumbaan:
Aku balik kerja naik motosikal je. Aku perasan ada orang tampal-tampal jalan yang berlubang di sepanjang Jalan Beserah yang berderet dengan lampu isyarat. Pelik, sebab baru-baru ni macam dah datang baiki jalan. Rasa macam cepat sangat tindakan mereka. Rupanya untuk LTdL. Ingat ke prihatin ke pengguna jalan raya yang hari-hari lalu situ. Kira bagus jugalah, pengguna lain boleh tumpang keistimewaan LTdL tu.
0 komen:
Catat Ulasan