Teguran Potong Rumput Daripada Jiran Sebelah
>> 26 Mac 2012
Itulah tindakan yang difikirkan terpaksa diambil oleh jiran aku. Dia lagi prihatin sebab rumput di belakang rumah sewa aku semakin menggunung tinggi. Tak salahlah kalau nak prihatin, cuma kenapa kalau bab-bab gini, muka aku je yang jadi mangsa. Mengikut rekod, ini kali kedua aku ditegur pasal potong rumput. Dua orang lagi rakan serumah, sentiasa bernasib baik.
Jadi, membersihkan rumput di halaman belakang rumah menjadi salah satu aktiviti penting di hujung minggu. Malas nak upah orang mesin sebab rasa macam mahal sangat. Halaman sekangkang macam tu pun kena RM50. Ditambah gaji sektor swasta macam aku yang belum masuk lagi. Potong sendiri sudah...
Pemandangan sebaik pintu dibuka. |
Bila nampak rumput dan lalang yang hidup subur macam ni, teringat kat arnab yang dibela di kampung. Kalau ada mereka senang kerja. Tak ada la penat sangat kot. |
Perbezaan antara 2 sempadan. Terbukti, halaman jiran aku memang bersih dah tidak menyeramkan. Itu pasal dia tegur. Mungkin bimbang unsur ngeri dari rumah aku menyelinap masuk ke rumah beliau. |
Misi yang perlu diselesaikan. Pintu pagar kecil tu pun dah samar-samar nak nampak. |
Insyaallah akan dijadikan aktiviti mingguan selepas ni. Cuma kena mula awallah. Kalau tak, kompem mengalah akan terik mentari tengahari. Hajatnya, nak cabut-cabut pula lepas ni. Biarkan mereka semua pupus dari halaman belakang rumah aku. Nescaya, jiran aku akan suka punya. haha...
0 komen:
Catat Ulasan