Mana Satukah Kita, Lalat Atau Lebah?

>> 23 Mac 2012

Dalam kalangan manusia ada 2 jenis mata - mata lalat dan mata lebah.

Mata lalat: Cuba perhatikan lalat yang terbang di taman bunga yang indah. Apakah yang ia lakukan?
Walaupun di taman yang penuh dengan bunga-bungaan dan pepohon yang cantik, ia tetap akan mencari makanan yang kotor.

Mata lebah: Cuba perhatikan pula lebah yang terbang di kawasan pembuangan sampah. Apakah yang ia lakukan?
Ia tetap akan mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apakah kita daripada jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain? Adakah kita mahu menjadi seperti lalat yang mencari makanan kotor, kemudian hinggap pula pada sajian manusia dan seterusnya membawa mudarat pada yang memakannya?

Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain? Adakah kita seperti lebah yang menghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia?

Alangkah baiknya menjadi seperti lebah. Hanya mencari yang elok meskipun dalam keadaan yang kurang elok. Sentiasalah bersangka baik. Apabila bersangka baik, tutur kata, tindakan, segalanya akan menjadi baik. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri...

Sumber: Yahoo! Groups

Sekadar renungan untuk semua. Isi utama yang ingin disampaikan ialah bersangka baik antara satu sama lain. Kesannya, aku malu untuk bersangka buruk kepada lalat sebab pernah kongsikan entri pasal lalat sebelum ini. Kotor-kotor lalat pun, masih ada baiknya seperti dalam entri Penyakit Dan Ubat Pada Sayap Lalat

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP