Ayam Ini Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala

>> 14 Mac 2012

Seekor ayam jantan yang diberi gelaran Mike dilaporkan pernah hidup selama 18 bulan tanpa kepala. Kisahnya bermula pada tahun 1945 apabila pasangan petani di Fruita, Colorado berniat menyembelih beberapa ekor ternakan mereka. Mereka kemudiannya mengapak Mike seperti yang dilakukan kepada ayam lain. Selepas itu, Mike bangun seperti tiada apa yang berlaku.

Mike, ayam jantan tanpa kepala.

Jadi, bagaimana Mike mampu bertahan? Saintis telah memeriksa dan mendapati bahawa Mike tidak 'dimatikan' dengan sempurna. Sebahagian besar bahagian kepala telah berpisah daripada badan tetapi sebenarnya sebelah telinga masih bersambung. Hayunan kapak terlepas urat merih dan darah membeku menghalang pendarahan berterusan yang boleh menyebabkannya mati. Bahagian otak yang mengawal kebanyakan tindak balas reflek Mike juga sebahagian besarnya tidak terjejas. Pahamkan je lah penerangan ni ye.

Menurut beberapa sumber, pada hari ia dikapak, Mike tidur bersama kepalanya yang diletakkan di bawah sayap.



Gambar beg pakaian yang mengandungi alat untuk membantu Mike makan termasuk penitis mata yang digunakan untuk menyalurkan makanan melalui lubang di atas badannya, di mana kepala Mike sepatutnya berada.

Mike diberi makan melalui penitis mata yang terus masuk ke dalam esofagusnya.

Hope Wade, seorang penganjur yang mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin menyaksikan Mike.

Gambar oleh: Bob Landry - Time & Life Pictures/Getty Images

Mesti sukar untuk kita percaya kan? Semua maklumat dalam ni diambil daripada LIFE dan Useless Information. Banyak sangat versi pasal ayam ni. Ini baru rujuk dua sumber, kalau tambah lagi satu sumber bertambah kusutlah jadinya. Jangan sesekali cuba buat pada ayam sendiri.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP