Peringatan Semasa Memberi Salam
>> 11 Mac 2011
KALAU NAK BACA, SILA BACA SAMPAI HABIS!
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?
Apakah maksud disebaliknya?
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah : "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89) (boleh try refer terjemahan kat SINI!)
Baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio IKIM (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda s.a.w. memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam daripada para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".
Ringkasnya, baginda s.a.w. akan memberi salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan… menjawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh".
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu "WAALAI KUM SALAM".
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye", contoh lerr… dan bukannya, "Kirim salam kat ASHREE yer", dan jangan pula memandai-mandai menambah perkataan seperti, "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A’kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A’kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran yang digunakan orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A’kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
Jangan guna "Bye" kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope". Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalammualaikum".
Tolong forward kepada umat Islam yang lain untuk mengelakkan diri daripada membuat dosa...
Sekian, semoga ada manfaatnya.
APAN dapat kat SINI!
**********
begitulah isi kandungan email yang aku dapat ni. bila aku try google pasal mende ni dengan menggunakan keyword 'maksud salam', memang banyak dah forum dan blog yang masukkan artikel ni sebagai entri masing-masing. tak salah gak la kalau gitu aku pun nak kongsi.
yang aku belum pernah dengar lagi info dalam entri ni pasal maksud 'salam' ni la. memang pernah guna dan dapat mesej dari membe pakai word 'salam' ni. tak tau lak gini maksudnya.
kat sini aku selit video daripada ustaz azhar pasal memberi salam ni. tak sampai 2 minit pun video ni. tapi tak de bincang la pasal maksud 'word salam' ni. just lebih kepada adab semasa memberi salam...
kat sini aku selit video daripada ustaz azhar pasal memberi salam ni. tak sampai 2 minit pun video ni. tapi tak de bincang la pasal maksud 'word salam' ni. just lebih kepada adab semasa memberi salam...
kalau ada info bercanggah pasal artikel ni sila la kongsikan ye... :)
[UPDATED-13 march 2011]
setelah mendapat komen dari bro AkuMusikFilem, terdapat percanggahan yang jelas dalam info ni. memang jelas pun. kita je malas nak pikir. cepat sangat nak percaya ngan mende ni. aku la tu. nampak mende pelik sikit terus nak percaya. mintak maaf sebab kongsi maklumat yang salah. huhu...
korang boleh baca huraian yang menyatakan info dalam entri ni salah kat blog Kereta Mayat. jangan tak baca. aku dah bitau dah ni. klik SINI! untuk baca. terima kasih kepada AkuMusikFilem dan Kereta Mayat.
0 komen:
Catat Ulasan