Memaparkan catatan dengan label Fantasy Premier League. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fantasy Premier League. Papar semua catatan

Fantasy Premier League 2013/2014 - Liga Blogger Malaya

>> 11 November 2013

Liga Perdana Inggeris 2013/2014 akan memasuki perlawanan untuk minggu ke-12 pada 23 November depan. Berapa dah pungutan mata pasukan masing-masing dalam Fantasy Premier League?

KONGSA KONGSI

Bagi yang mempunyai pasukan dalam Fantasy Premier League, anda semua dijemput untuk menyertai Liga Blogger Malaya. Untuk 2 musim sebelumnya, jumlah penyertaan dalam liga ini agak memberangsangkan. Mungkin disebabkan penglibatan aktif aku dalam blog waktu tu. 

Berakhir Sudah Liga Blogger Malaya 2012/2013

>> 06 Jun 2013

Liga Blogger Malaya dibuat khusus kepada blogger Malaysia yang mempunyai pasukan dalam Fantasy Premier League. Berakhirnya musim bola sepak Liga Perdana Inggeris menamatkan juga persaingan peserta mencatur pemain setiap musim untuk mendapatkan mata tertinggi dan menggungguli mana-mana liga yang disertai.

KONGSA KONGSI
Kaki Bangku FC

Kaki Bangku FC nama pasukan aku dalam Fantasy Premier League. Keseluruhannya pencapaian musim ini menurun berbanding musim lepas, namun berpuas hati dengan semua kedudukan pasukan dalam liga yang disertai.

Fantasy Premier League 2012/2013 - Liga Blogger Malaya

>> 15 Ogos 2012

Kemenangan 3-2 Manchester City ke atas Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti baru-baru ini menandakan sepak mula Liga Perdana Inggeris yang semakin hampir. Begitu juga dengan Fantasy Premier League yang disertai oleh ramai peminat bola sepak Inggeris di seluruh dunia. Kepada peminat yang menceburkan diri dalam "bidang" ini, jangan lupa untuk kemas kini pasukan masing-masing.

Fantasy Premier League 2012/2013

Seperti edisi sebelum ini, Liga Blogger Malaya telah dibuat untuk disertai oleh seramai mungkin blogger Malaysia yang berminat. Kerjasama anda untuk kongsikan kepada rakan blog yang lain amat dialu-alukan. Semakin ramai penyertaan, semakin sengit dan meriahlah saingan. Tiada syarat-syarat tambahan pun daripada aku sebagai admin liga. Janji anda ada daftarkan pasukan dalam Fantasy Premier League dan amat diharapkan anda juga seorang blogger. Baru kena dengan nama liganya.

Berakhir Sudah Liga Blogger Malaya

>> 24 Jun 2012

Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai EPL telah melabuhkan tirainya pada 13 Mei lepas untuk musim 2011/2012. Jaringan minit akhir permainan membolehkan Manchester City merangkul kejuaraan liga sekaligus meyebabkan Manchester United berduka bersama penyokong-penyokongnya.

Berakhirnya liga tersebut bermakna berakhir juga Liga Blogger Malaya yang telah dimainkan sepanjang musim 2011/2012 ini. Memang dah lama habis, baru teringat nak update pasal liga fantasi ni. Tambah pula musim Euro 2012 sekarang, takut semakin tertunda nanti.

Di bawah, kedudukan 10 teratas para peserta dalam Liga Blogger Malaya. Nasib baik tercapai juga sasaran untuk berada dalam kelompok 10 teratas. Jumlah keseluruhan pasukan yang menyertai liga ini adalah sebanyak 48 pasukan. Kira ok la team aku dapat no. 7 daripada 48.

Perkembangan Liga Blogger Malaya

>> 19 Januari 2012

Sebelum tertunda lebih lama, eloklah aku cuba siapkan entri ini sebaik mungkin. Ini pun dah lari daripada jadual asal. Apa yang nak dikongsikan ini berkenaan dengan Fantasy Premier League.

Sekarang ini sudah masuk pertengahan musim dalam Liga Perdana Inggeris. Dah berapa point setakat ni? Ranking no berapa?

Serba sedikit tentang 'apakah' ini, boleh baca dalam entri Fantasy Premier League.

Terima Kasih Sebab Join Liga Blogger Malaya

>> 17 Ogos 2011

aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger yang dah join liga yang aku buat dalam Fantasy Premier League. aku harap semua yang dah join dalam Liga Blogger Malaya ni blogger la sebab memang special made untuk blogger je ni. huhu...

nasib baik liga ni mendapat sambutan. terima kasih gak kepada blogger yang tolong hebahkan mende ni. yang aku tau, bro ady ada tolong aku dalam bab ni. sebab tu ramai semacam. terima kasih bro!

Fantasy Premier League 2011/2012 - Liga Blogger Malaya

>> 10 Ogos 2011

sebelum ni aku dah pernah cerita pengalaman aku main mende ni dalam entri Fantasy Premier League 2010/2011. daripada komen yang aku dapat dalam entri tu, agak ramai blogger yang pernah main mende ni.

kit Kaki Bangku FC, team aku

Fantasy Premier League 2010/2011

>> 18 Jun 2011


korang main tak mende ni? untuk musim 2010/2011, ni la kali kedua aku join mende ni. disebabkan aku tiada bakat untuk bermain bola sepak di padang, ni salah satu cara aku untuk terlibat dalam bola sepak. tapi tak keluar peluh lansung la. dok depan komputer ngadap internet je la. at least, dapat gak tau berita bola sepak terutama untuk Liga Perdana Inggeris la. huhu...


nama pasukan aku, Kaki Bangku FC dan nama samaran aku sebagai Cikgu Amran. karut punya nama...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP