Fantasy Premier League 2012/2013 - Liga Blogger Malaya

>> 15 August 2012

Kemenangan 3-2 Manchester City ke atas Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti baru-baru ini menandakan sepak mula Liga Perdana Inggeris yang semakin hampir. Begitu juga dengan Fantasy Premier League yang disertai oleh ramai peminat bola sepak Inggeris di seluruh dunia. Kepada peminat yang menceburkan diri dalam "bidang" ini, jangan lupa untuk kemas kini pasukan masing-masing.

Fantasy Premier League 2012/2013

Seperti edisi sebelum ini, Liga Blogger Malaya telah dibuat untuk disertai oleh seramai mungkin blogger Malaysia yang berminat. Kerjasama anda untuk kongsikan kepada rakan blog yang lain amat dialu-alukan. Semakin ramai penyertaan, semakin sengit dan meriahlah saingan. Tiada syarat-syarat tambahan pun daripada aku sebagai admin liga. Janji anda ada daftarkan pasukan dalam Fantasy Premier League dan amat diharapkan anda juga seorang blogger. Baru kena dengan nama liganya.

Team aku - Kaki Bangku FC: Masih belum sempat untuk pilih player. Ini pun buat secara random dulu. Player 'baru' harga macam mahal-mahal je semua.

Setakat ini, ramai ini sahaja yang baru aktifkan team. Jika anda dah menyertai liga ini pada musim lepas, secara automatik akan menyertai Liga Blogger Malaya untuk musim terbaru. Hanya dengan 'renew' private league kalau tak silap.

Jadual perlawanan untuk minggu pertama. Manchester United akan berkunjung ke Everton. Mungkinkah kita bakal melihat aksi pertama van Persie di bawah bimbingan Alex Ferguson dalam perlawanan ini?

Nama liga: Liga Blogger Malaya
Kod untuk join: 285960-81017

Jika belum pernah main, boleh daftar akaun anda di Fantasy Premier League. Senang je! Terima kasih kepada mereka yang dah join dan perkembangan liga akan dikongsi dalam entri berikutnya. Moh join ramai-ramai!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP