Tip Untuk Kawal Marah

>> 03 Ogos 2012

Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;

  1. Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
  2. Kalau anda sedang duduk, baringlah.


Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain!

Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; "Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; "Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab; "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan aku tidak suka duduk bersama syaitan." Rasulullah kemudian bersabda lagi; "Allah akan memuliakan hambaNya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata; Rasulullah ada bersabda; "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda; "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."

Wallahuallam... - Blog PakarHowTo

Aku boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang payah juga untuk kawal perasaan marah. Bukan nak kata diri ni bekeng sangat. Mungkin terlalu sensitif kot. Itu pasal aku kurang mesra dengan orang sekeliling. Payah aku nak bergaul mesra dengan teman-teman. Papepun, majoriti orang akan "menyesal" bila dia dah marah orang lain terutama orang terdekat. Keras-keras macam mana sekali pun akan lembut juga akhirnya. Marah biarlah bertempat. Tak gitu?

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP