Fantasy Premier League 2011/2012 - Liga Blogger Malaya

>> 10 August 2011

sebelum ni aku dah pernah cerita pengalaman aku main mende ni dalam entri Fantasy Premier League 2010/2011. daripada komen yang aku dapat dalam entri tu, agak ramai blogger yang pernah main mende ni.

kit Kaki Bangku FC, team aku
jadi, untuk musim 2011/2012 ni, aku dah buat liga untuk mereka yang berminat nak join. yang penting korang mestilah  seorang blogger. baru nampak berseri dan sesuai dengan nama liga ni nanti.

liga-liga yang aku dah join
kepada yang berminat tapi masih belum mempunyai team sendiri, daftarkan team korang sebelum 13 ogos 2011 supaya saingan yang adil sepanjang musim ni. kalau nak daftar lambat pun boleh tapi nanti rugi la sebab orang lain dah dapat point lebih daripada korang. lain la kalau korang boleh kejar point nanti. memang bukan calang-calang manager la korang. kepada yang masih belum daftar, klik SINI untuk buat team korang.

jadual perlawanan untuk minggu pertama
nama liga: Liga Blogger Malaya
kod untuk join: 1387717-307760

penyertaan korang semua amat dihargai. dan kalau dah join tu selalu gak la menonjolkan diri kat forum dalam tu. tolong la sebarkan mende ni sekali kalau rajin. glory glory!

sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen...selamat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP