Terima Kasih Sebab Join Liga Blogger Malaya

>> 17 August 2011

aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger yang dah join liga yang aku buat dalam Fantasy Premier League. aku harap semua yang dah join dalam Liga Blogger Malaya ni blogger la sebab memang special made untuk blogger je ni. huhu...

nasib baik liga ni mendapat sambutan. terima kasih gak kepada blogger yang tolong hebahkan mende ni. yang aku tau, bro ady ada tolong aku dalam bab ni. sebab tu ramai semacam. terima kasih bro!

Liga Blogger Malaya
kalau mengikut table kat atas ni, seramai 26 pemain dah join. macam-macam nama pasukan ada. malangnya point aku untuk perlawanan minggu pertama yang lepas menghampakan ma. tu pasal terselit kat no 22 tu. huhu...

keputusan perlawanan untuk minggu pertama
alasan aku, sebab banyak keputusan perlawanan tidak seperti jangkaan aku. tak pe, kasi panas dulu untuk minggu pertama ni.

kepada blogger lain yang nak join liga ni, bolehlah rujuk entri aku sebelum ni kat SINI! untuk mendapatkan kod. dah copy kod baru boleh join ma. sebarang masalah boleh dikemukakan kat ruangan komen.

sedikit peringatan, aku buat mende ni bukan sebab aku tak sokong team malaysia ye. harap tak de makhluk yang akan keluarkan hujah macam tu dan terima kasih sekali lagi kepada semua blogger yang dah join :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP