Siapa yang ada perasan mende ni? Ada mende baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Blogger kepada pemilik blog yang menggunakan perkhidmatan mereka di seluruh dunia. Dengan nama Dynamic Views, pembaca blog dapat memilih salah satu daripada tujuh cara untuk view blog yang dilawati.
Daripada pemerhatian aku, blogger yang minat penampilan simple dalam blog mereka bolehlah mencuba mende Dynamic Views ini. Loading page pun 40% lebih laju berbanding dengan template tradisional.
Cuma mungkin banyak atau semua widget perlu dibuang. Disebabkan masih baru, pengguna hanya boleh tukar header dan gambar background. Namun, mungkin lebih banyak pengubahsuaian dapat dilakukan oleh pengguna pada masa-masa mendatang sebab mende ni masih baru diperkenalkan.
Sanggup ke nak buang iklan nuffnang dalam blog tu? Aku rela guna template lama je dulu. Menjadi pemerhati lebih baik. Di bawah ni, 7 view yang aku dah cuba ke atas blog-blog mereka...
0 komen:
Catat Ulasan