Mereka Dan Anjing-Anjing Mereka
>> 16 September 2011
sekarang ni kita semakin didedahkan dengan kecenderungan sesetengah golongan untuk berjinak-jinak dalam penternakan anjing...
mungkin korang pernah tengok gambar di atas ni...tapi malangnya aku tak kenal pun siapa mereka. mengikut sumber, gambar wanita di sebelah kanan tu bernama Manohara...
mungkin juga korang pernah tengok gambar di atas ni. seorang awek bertudung bersama dengan anjing-anjingnya. siapa dia? aku pun tak kenal...
dan lagi gambar anjing bersama tuan-tuannya yang tidak aku kenali...
cuma tuan anjing dalam gambar di atas ni je yang aku kenal. dan aku yakin, korang pun kenal dengan tuan anjing yang sorang ni. kalau tak tau nama pun, mesti cam muka punya. kalau tak cam gak, lantak korang la...
di bawah ni apa yang aku ingin kongsikan :
PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH/MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandungi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit di badan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung.)
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :
"Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot".
sumber : Siasah Kini
klik SINI untuk pembacaan penuh
APAN menambah : info di dalam entri ini mempunyai unsur keagamaan kepada pembaca. jika terdapat kesilapan hukum atau maklumat, harap boleh dikongsikan untuk manfaat bersama. selamat beramal!
0 komen:
Catat Ulasan