Solat Sunat Dhuha

>> 23 September 2011

Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). sumber : Wikipedia

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi - anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya :

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala."

Baca ketika sujud yang terakhir (3 kali)

Baca doa ini selesai solat :
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

sumber : Permai Online
klik SINI untuk pembacaan penuh

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP