Mayat Bayi

>> 23 Februari 2011


THAILAND: Seorang petani bermimpi anak kecilnya yang meninggal 3 hari lalu merayu kepadanya untuk dipindahkan ke tempat lain kerana "penghuni-penghuni" tanah perkuburan sekarang sering mengganggunya. Apabila petani itu bangun pada keesokan harinya, dia menggali pusara anaknya dan terkejut melihat jasad anaknya lebat dengan rambut, tangannya yang berkuku dan bergigi.


Hingga sekarang, petani dan isterinya akan kerap mencukur rambut anaknya yang bertumbuh dan memotong kuku-kukunya. Kini, rumah mereka menjadi perhentian orang ramai untuk mendapat "berkat" daripada roh bayi yang aneh ini.


Sumber: TemanHidup

APAN menambah: Erm...bila anda dah baca ayat ni, anda boleh berhenti sebentar untuk sengih sambil fikir mende ni balik. Entri ni lebih kurang sama dengan entri Mayat Berjalan Pulang. Bezanya, mayat bayi ni tak jalan pulang sendiri, maklumlah "bayi" lagi. Bapanya yang tolong galikan dan bawa pulang ke rumah. Bila dan betul ke kisah ni? Entah! Kalau ada info pasal mende ni, sila kongsikan dalam ruangan komen bawah.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP