Sua Suey

>> 06 Februari 2011

erm... baru lepas cuti 5 hari. cuti paling lama dalam kalendar kerja aku setakat ni. time cuti baru ni sempat gak balik kampung. memang sempat pun sebab bahaya kalau tak balik time cuti lama-lama ni. nanti tak pasal-pasal belanjawan aku jadi lain. jadi, dengan balik kampung, banyak duit belanja dapat dijimatkan...

tapi sampai tadi laptop aku tak boleh nak on lak. dekat lenguh dah jari telunjuk aku dok picit butang power tu. tak nak on gak. tension macam ni... nak wat pe kalau laptop tak boleh pakai. time kat kampung baru ni ok je. tak de masalah pun. memang kadang-kadang tu payah nak on tapi selepas mempraktikkan beberapa amalan, ok je ma...

tunggu lama-lama pun still tak de hasil. nak tido pun tak lena biarpun mengantuk tengok man utd kalah malam tadi. cibai! aku pun packing laptop aku bawak gi kedai. toke kedai cek bitau adapter a.k.a. charger laptop rosak. terpaksa la beli baru. nasib baik ada budget dalam wallet time tu. kalau tunggu gaji memang lambat lagi kot. melayang duit...

pastu tadi gi mandi. lepas mandi tu tah macam mana pintu bilik aku tak boleh bukak. mamat mana tah rajin gi kunci dalam. setahu aku, aku sorang kat rumah time tu. nak kate awek tekan, awek tak pernah lagi masuk bilik aku ma...

jadi blur seketika time tu. dah la aku rabun. spek dalam bilik. dengan berfesyen tuala mandi, aku kasi tendang itu pintu. nasib baik tendangan aku mengenai sasaran walaupun penglihatan yang tak berapa nak meyakinkan. takut tertendang tombol tu je nanti. dengan bangganya pintu terbuka macam kita tengok polis buat rush dalam tv tuh. konon-konon r. huhu...

tambah sikit lagi. aku balik kampung baru ni, mak aku amek 2 orang anak angkat. budak UUM rasanya. tak bertegur sapa pun sebab kat rumah aku pandang lantai je. jaga tingkah laku ma. tapi cam nyesal lak. jodoh bukan selalu datang. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP