Adidas Ultraboost 20: Pengakhiran

>> 23 Mac 2021

Kali pertama dipakai untuk aktiviti larian, saya dah rasa sesuatu tak kena dengan kasut ni. Saya tak kisah sangat pasal berat, sebab saya memang tahu kasut ni agak berat dibandingkan dengan kasut-kasut larian lain.

Blog Buruk
Adidas Ultraboost 20

Masalah utama saya dengan Adidas Ultraboost 20 ialah pada bahagian 'sangkar plastik' di kiri kanan sisi kasut. Ia membuatkan kaki rasa lemas dan tersepit. Rasa tak selesa tu akan ada pada awal larian dan semakin hilang pada kilometer berikutnya.

Setelah 3 kali sesi larian dengan kasut ni, saya rasa Ultraboost 20 bukan kasut larian untuk saya. Sempat guna dalam 24km je, sebelum saya ambil keputusan untuk jual.

Blog Buruk

Salomon Wildcross pun ada sangkar mirip Ultraboost 20 kat bahagian tepi, tapi ia tak mengganggu pun keselesaan kepada pemakai. Untuk kegunaan berjalan mungkin tiada masalah sebab kita boleh longgarkan ikatan tali dll.

Agak banyak sebenarnya komen negatif berkaitan midfoot cage pada siri Adidas Ultraboost. Alternatif lain, bagi mereka yang masih nak cuba siri Adidas Ultraboost, boleh try Adidas Ultraboost PB. Ada beza pada bahagian upper, dan yang penting tiada sangkar plastik di kiri kanan sisi kasut.

Blog Buruk

Blog Buruk

Kasut ni telah diserahkan kepada owner baru. Satu-satunya kasut larian saya yang dijual kepada orang lain. Selamat tinggal Adidas Ultraboost 20! Jodoh kita tak lama.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP