Pendapat Tentang Imam Muda
>> 16 Jun 2010
erm... artikel ni diperoleh dari Berita Harian Online bertarikh 15 Jun 2010. seorang sahabat ni telah memberikan pendapat beliau mengenai rancangan imam muda di tv tuh. moh kongsikan...
‘Imam muda tak layak pimpin solat, jurunikah’
SAYA rasa semua pihak sudah maklum mengenai rancangan yang disiarkan pihak Astro di saluran Oasis iaitu program realiti TV pencarian Imam Muda.
Tidak dinafikan program seperti ini memberi banyak peluang kepada anak muda menunjuk bakat mereka tetapi saya juga beranggapan pihak Astro janganlah mengambil kesempatan ke atas senario ini tanpa memikirkan impaknya.
Agama bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia tidak seharusnya menjadi bahan untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak. Ia sepatutnya dipelajari dengan penuh sifat ketakwaan bukan dengan niat untuk memenangi hadiah.
Satu daripada hadiah yang bakal diterima oleh juara pertandingan ini adalah sebuah kereta bernilai RM150,000, lumayan sekali. Selain itu, pemenang akan menjawat jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Senangnya hendak menjadi imam sekarang ini, sedangkan perkataan iman itu sendiri membawa maksud yang amat dalam dan bukan calang-calang orang boleh digelar imam. Macam manalah agaknya nasib imam muda ini pada masa depan jika ada imam yang lebih layak menyandang jawatan itu.
Peserta Imam Muda ini mestilah berusia antara 18 hingga 27 tahun. Ternyata di sini apa yang saya nampak, golongan remaja yang bakal menjadi imam muda ini tidak sesuai untuk memimpin jemaah ketika solat, menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami isteri malah lebih besar tanggungjawab yang bakal mereka kendalikan di kalangan masyarakat kita ini.
Jika seseorang itu berjaya menjadi imam muda, adakah secara tidak langsung ia akan mula menimbulkan perasaan riak dan takbur di dalam dirinya? Bagaimana imam yang berjiwa seperti ini mampu untuk membimbing makmumnya?
Saya rasa perkara ini tidak harus diambil sambil lewa dan tidak wajar dipermain-mainkan.
AHMAD NIZAM HASHIM,
Ampang, Selangor.
okeh... sebelum ni, banyak orang memberi komen yang positif mengenai rancangan imam muda ni. tu daripada tinjauan aku la. positif tu di sini bermaksud menyokong la rancangan tu. tapi lepas baca artikel dalam berita harian ni, macam betul gak pandangan sahabat kita ni. kita kalau orang buat something ada kaitan sikit dengan agama terus kita pikir WAH, BAGUS LAH! padahal mungkin sebaliknya. eh... kita pulak. mungkin aku je kot yang pikir macam tu. korang mana mungkin pikir macam tu kan...
12 komen:
x prnh bpluang tgok rncgan ni...
hmm yg d ukur bkn umur ttp ilmu sseorg itu.. kalau mreka layak tuk pegag jwatan ermm why not...
tp smuanya kmbali ats niat msg2.. =)
salam bro..mieran agak kurang setuju dengan pendapat bro.mmg benar susah untuk betul2 jadi imam yang berkualiti, tp mieran rasa pihak astro sudah jalankan tapisan yg amat ketat terlebih dahulu sebelum menerima seseorang itu utk masuk rancangan imam muda.mieran rasa, tak salah bagi mereka peluang..lagipun sekarang tak ramai pemuda2 pergi ke bidang ni..ni just pandangan mieran.. :)
pernah tgk sekali...
bagus la jgk program nie..de yg mmg imam pon masuk program ni...tu sume terpulang pada niat masing2 la..
bagi ika ada yang positif dan ada yang negatifnya. terpulang pd kita nak amik yg baik atau sebaliknya. =)
Untuk permulaan mungkin tiada yg sempurna...Jika dipandang dari satu sudut, ia boleh bersifat komersial...tapi jika diolah dari perspektif yg positif, ia membuka langkah dan ruang kpd satu anjakan yg di redhai oleh NYA..
Saya rasa "IMAM MUDA" masih terlalu awal untuk masyarakat "melemahkan" perkara-perkara yg tersirat, dimana di penghujungnya di harap ia membawa "cahaya" taqwa..
Niat dan usaha Astro Oasis adalah murni. Dalam pada kita dilambakkan dengan program2 realiti yang menyesakkan nafas dan menyakitkan otak, Imam Muda tampil untuk mengimbanginya..
Saya yakin produk Imam Muda mampu menjadi ikon baru anak muda.
Yang penting ianya mesti disokong oleh masyarakat.
macam la orang yang tua tak reti nak riak?
bgs la rncgn nih..dorg tuh da dtapis n sume mmg da blaja agama..so xde alasan yg ckp dorg xleh pimpin solat..hoho
assalamualaikum,sy bpndpt nak jd imam x prlu kuar tv la..ilmu ni Allah suruh bljr dan ajar bukan nak diptanding2kn.sm la mcm kita disuruh hidup bpandukn Al-Quran dan Sunnah tp tgok ayat2 Al-Quran skrg ni dipertandingkan smpai ke pringkat a/bgsa.berani sungguh menggunakan ayat2 Allah dgn cara begitu.Zaman Nabi SAW ada ke buat mcm ni?jd imam kena masuk btnding ke?? drpd buat prtndingn klu betullah niat astro murni apsal x padam sj program2 yg jelas diharamkn Islam mcm AF dan gantikn dgn program2 yg brmanfaat cth tafsir Al-Quran/Hadis ke,iklan2 islamik ke..ni tak program hiburan tu jgk yg ditayangkn berjam2 plak tu..psl apa nak untung kn...nak jd imam perlu brkualiti tp x prlu la nak tunjuk kualiti tu dpn tv nak bg org tau yg pnting Allah tahu da cukup laa..sy stuju ngan bro
salam. hm, beginilah. Ana melihat perkara ini ada pro dan kontranya. Cuma, kita tak boleh menghukum sesuatu itu sebelum kita semak tujuan dan niatnya juga aspek perlaksanaan dan pantauan pd program. Tak salah kita mengkehadapankan program2 begini. Sebenarnya secara tak langsung, mesej islah dan dakwah dapat disebarkan. Islam tak rigid. Islam agama yg maju seiring zaman. Niat utk mengaut keuntungan kita sandarkan kepada Allah. Apa yg penting hiburan Islami inilah yang perlu diperbanyakkan. Oh ya, mengenai AF dan sebagainya, kita berubah mengikut peringkat...samalh seperti uslub dakwah Rasul kita. Bukan terus terjah ke pringkat fathul makkah..semuanya berperingkat. Keampuhan jahiliyyah terletak pd strategi maka kita juga perangi dgn strategi..jgn sempitkan pemikiran kerana matlamat kita ialah Islam yg sejahtera dan diterima dgn aman.....wallahu'alam.
hanya fikir si fakir hina~
"nak jd imam perlu brkualiti tp x prlu la nak tunjuk kualiti tu dpn tv nak bg org tau yg pnting Allah tahu da cukup laa."
macam nih la...kenapa kita cepat sangat judge diorang tu nak menunjuk???
diorang dah gunakan platform IM2010 ini untuk menyebarkan dakwah...
selama nih apa yg diorang buat @ tunjuk dalam episod IM2010 adalah berkenaan agama ALLAH...dan itu secara langsung @ tidak mengajar dan memberi petunjuk kepada penonton untuk mengamalkan AGAMA ALLAH yg benar ini...
memang ilmu ALLAH nih bukan untuk dipertandingkan...tapi astro oasis mencari seorang yg betul2 layak untuk menjadi ikon & idola anak muda di malaysia...seorang yg tahfiz al-quran, orang yg tinggi ilmunya dalam bidang agama...
sepanjang rancangan keudara, banyak ilmu ALLAH yg mereka sampaikan...tapi orang x nak amik ilmu tu malah di hina pula peserta2 itu kononnya riak dsb...
manusia alim + tinggi ilmu agama dikata yg buruk2...tapi artis yg x tutup aurat dipuja2...adakah kita mahu anak muda melayu + tentu2nya islam jadi begini???
Bagi aku rancangan Imam Muda ni dibuat semata-mata untuk keuntungan Astro. Ini cara mudah, dengan rancangan ni sekelip mata diorang dapat tarik audiens yang diorang tak dapat capai sebelum ni, golongan Melayu yang mengutamakan Islam. Kalau dengan AF dan segala show bangsat berteruskan hiburan lain tu gagal, ini la cara diorang kaut untung. Komersialkan agama. Orang yang betul-betul berilmu tidak akan mendabik dada bagitahu semua orang dia berilmu.
Aku menyampah bila Islam dipergunakan dan melahirkan imam-imam yang berdrama sedu-sedan, haru-pilu depan kamera. Kalau kau menangis kerana Allah, kau menangis untuk dia bukan untuk jadi tontonan orang.
Kalau betul niat tu suci, buang semua anasir-anasir macam drama-drama Melayu yang tak pernah maju dan semakin berunsur seks, buang channel MTV, jangan siarkan rancangan2 menyanyi macam anjing menyalak, kurangkan rancangan hiburan dan realiti TV bodoh yang terlalu banyak di Malaysia ni.
Catat Ulasan