"Kami Prihatin"
>> 03 Jun 2010
sekarang ini musim membuang bayi begitu meriah sekali. mereka iaitu ibu bapa bayi malang tersebut membuang anak mereka seperti membuang sampah. buktinya, terdapat bayi yang dijumpai di kawasan pembuangan sampah dan beberapa kawasan strategik yang lain. berita-berita mengenai isu ini hampir setiap hari terdapat di kaca televisyen dan surat khabar. dan sebagai rakyat, aku turut menonton dan membaca berita mengenai isu ini.
"Kami Prihatin". itulah salah satu kempen yang telah dijalankan untuk membendung gejala ini daripada berlaku. pasti banyak rakyat yang memandang positif kempen ini kerana rakyat kita yang penuh dengan belas kasihan ini tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi comel yang cukup sifat mati ditinggalkan oleh ibu bapa sendiri. aku sebagai manusia biasa turut bersimpati ke atas nasib mangsa-mangsa kerdil ini.
dan mereka iaitu pihak yang bertanggungjawab memimpin negara kita ini menyokong sepenuhnya kempen sebegini. bagi mereka gejala ini boleh menjejaskan nama negara. mereka sibuk membincangkan bagaimana untuk mencegah masalah membuang bayi ini. mereka turut menyediakan sebuah tempat untuk bayi-bayi yang ditinggalkan ibu bapa. namun, apa yang aku lihat masih ada bayi yang dibuang oleh ibu apa mereka. aku sedar bukan mudah untuk membendung sepenuhnya masalah ini.
kebanyakan bayi yang dibuang disebabkan oleh keterlanjuran ibu bapa bayi tersebut yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. dari sudut islam pula disebut zina dan salah di sisi agama. kenapa keterlanjuran ini tidak dibincangkan? bukankah mencegah lagi elok daripada mengubati. atau mereka hanya menggunakan istilah itu untuk kempen mencegah denggi.
tunjukkanlah keprihatinan yang sebenarnya. mereka tidak patut prihatin kepada bayi-bayi yang dibuang sahaja sebaliknya prihatin kepada syariat kita.
2 komen:
huhu... tringat berita pasal buang bayi tepi jalan. tu lg bengong.. manusia dh x tkut dgn undg2
sedih tgk bayi tu mati tepi jln mcm anak2 kucing yg kne langgar.. T_T
tau xpe..aku sokong ko..asek wat muvee sal mat rempit,bohsia..artis sume sexy2..tah pape jek..
Catat Ulasan