Tawaran Sambung Belajar

>> 09 Jun 2010

erm...hari tu aku ada isi permohonan secara online nak masuk UniKL. mana tau boleh sambung up sikit dari diploma aku sekarang ni. ye la...sekarang ni last sem. apply kerja or continue study je la pilihan yang ada. berbelah bagi gak dengan status UniKL ni. tapi disebabkan ada kawan-kawan lain yang pernah masuk sana aku pun konfiden je la. dan UniKL ni terbahagi kepada banyak institut di bawahnya macam IPROM, BMI ngan MFI.

aku isi permohonan ni last minute time tu. bukan last minute gak. time dah habis tarikh permohonan dah. bila semak status lepas tu lak dinyatakan yang permohonan aku bergantung kepada kekosongan. dan aku terima je la alasan tu sebab salah aku yang isi lambat. aku pun terus tak masuk dah laman web tu.

hari ni aku bosan kat office (praktikal). jadi aktiviti mengular pun dimulakan dengan meng-online-kan diri. tiba-tiba lak terdetik nak semak status permohonan UniKL tu. dan berita baik aku peroleh daripada aktiviti gelap aku tu. permohonan aku untuk sambung belajar diterima dan aku akan ditempatkan di Institute of Product Design & Manufacturing (IPROM). program aku lak ialah Bachelor of Engineering Technology (HONS) In Industrial Design selama  4 tahun.

tetapi nasib aku malang sebab aku lambat bertindak. daripada kenyataan yang aku baca dalam tu, aku perlu memberi maklum balas penerimaan sebelum 26 Mei 2010. sekarang ni dah 9 Jun ma. aku dianggap menolak tawaran kalau tak bagi maklum balas sebelum tarikh 26 Mei tu. uish...gawat ni.

usaha aku diteruskan dengan menghubungi pihak berkenaan. aku call dan di-answer oleh kakak sorang ni. dia menyambungkan aku kepada pihak lain yang lebih arif dengan pertanyaan aku ni. ye la...aku nak tau apa yang boleh aku buat. aku nak undur masa kompem-kompem da tak boleh ma. tapi pihak yang lebih arif tu tak angkat telepon lak. aku disuruh untuk call balik dalam masa 20 minit lagi. rasa mengalah tu mula datang dah...

dalam masa menunggu 20 minit tu, aku sempat berpikir lagi. apakah harus aku meneruskan hajat aku ni? nak sambung belajar ke tak ni? kalau tunggu UPU pun boleh lagi aku rasa. lagipun kerja insyaallah ada. hmm...jadi, aku give up untuk tanya. melepas aku nak masuk UniKL biarpun program yang ditawarkan tu memang pilihan hati ku.

kesimpulannya di sini, janganlah kita bersikap sambil lewa dalam menentukan masa depan kita. biarpun kita tak sayang diri sendiri, cuba sayangkan orang yang menyayangi kita tu. rasa menyesal tu memang ada biarpun keputusan aku nanti tak semestinya masuk daftar sana...sudah habis!!!

9 komen:

Fay 10:27 PTG, Jun 09, 2010  

dont give up yerr. :)

APAN 11:49 PTG, Jun 09, 2010  

tq fana...

da melepas la bro...
aku baru hari ni ma...
tunggu UPU lak la...

Tanpa Nama,  9:39 PG, Jun 10, 2010  

IPROM tu ok ke?? macam aku berminat je..mana nak tgk laman web dia?

APAN 11:31 PG, Jun 10, 2010  

cm kenal la ko ni.haha...
program die banyak pasal design...
aku tengok subjek die pun lebih kurang dip kite skang ni...
nak apply skang da x bole dah...
utk panggilan next year boleh la...
taip je UniKL online....
ade la nanti...

Hellioz 3:27 PTG, Jun 10, 2010  

la
da telepas ke
sayang~

xpe,
rezeki tuhan yg bagi
gyahahhahahaahahah~

Gadis Imaginasi 10:58 PTG, Jun 10, 2010  

melepas satu tak semesti lepas semua. haha! xp teruskan mencari. hee

Tanpa Nama,  10:00 PTG, Jun 11, 2010  

ak baru abes final so baru skrg rajin nk komen. heh

ape la ko ne. benda2 penting tu pn ko lupe. patutnye ko cek tiap2 hari. ne x on9 je main fb. ym. haa kan. hahahahahah. gurau je. heh

xpe2 upu la tu rezeki ko. insyaAllah. :)

Roysha 1:30 PTG, April 10, 2018  

IPROM ni byr sdri ke? Yg asasi sains & tek ni bole mohon engineering mana2 tak?

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP