Aku Kaki Bangku
>> 12 Jun 2010
Erm...kaki bangku. Ia membawa maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak. Sebagai seorang lelaki, agak sukar gak kalau dilahirkan berkaki bangku ni. Perempuan tak kisah la. Memang tak sesuai pun bagi aku kalau perempuan main. Dan aku sebagai lelaki tergolong dalam kumpulan kaki bangku ni. Kaki bangku masuk air yang kritikal.
Bagaimanapun, bola sepak merupakan sukan kegemaran aku. Serius aku suka tengok bola biarpun aku tak pandai main. Tambah-tambah lak time World Cup ni. Memang sesuai sangat la sebab lepak umah je lepas ni. Kalau tak de World Cup, dapat tengok Man U main pun dah puas dah. Favourite team aku tu...
Untuk rekod, last aku main bola sepak di atas padang besar ialah semasa aku form 3 rasanya. Tu pun sebab ada subjek pendidikan jasmani. Minat tak minat kena main gak. Tapi time tu aku rasa aku semangat lagi nak main bola. Kaki tengah aktif lagi time tu biarpun tak sehebat mereka yang lain. Apa yang boleh dibanggakan kat sini sebab aku pernah score goal. Bukan 1 ma, lebih dari 1 la kot. Boleh gak story kat anak cucu nanti kalau dorang tanya.
Kalau main futsal lak, aku rasa baru 2 kali dalam seumur hidup aku jejak masuk dalam gelanggang futsal. Main sebab dipaksa time tu. Aku dah cuba explain yang aku tak pandai main tapi player tak cukup katanya. Aku sahut je la tugasan tu. Namun, nasib dalam futsal tidak menyebelahi aku. Tak pernah score goal langsung time main futsal. Passing pun terabor. Kalau anak cucu tanya aku nanti, aku nak jawab yang futsal tak wujud lagi time tu. huhu...
Bagi aku, tak salah kalau nak main bola biarpun tak sehebat mana. Aku tengok orang lain pun tak de la hebat mana tapi mereka bersungguh-sungguh dalam game. Aku ni je kot pelik sikit. Selalu pikir kalau main nanti semua orang akan pandang. Padahal dorang wat dono je. Konon-konon jadi perhatian, macam hebat sangat lak. Tu la masalah besar aku.
Lagipun, aku malas la memberi harapan kat kawan-kawan lain. Nanti bila mereka tengok aku main, mereka mesti hampa kawan ngan aku. Jadi, elok aku simpan je kaki bangku aku ni ma...
Lagipun, aku malas la memberi harapan kat kawan-kawan lain. Nanti bila mereka tengok aku main, mereka mesti hampa kawan ngan aku. Jadi, elok aku simpan je kaki bangku aku ni ma...
12 komen:
woeee..
pngakuan jjur neh...
hahahaaa~
:))
standard r tu bro.... ramai je yg kaki bgku kat dunia ni.. =)
x pe kite serupa bese je sume tu muahaha
hahahaha... ku pn kaki bangku gak. xpe.. kite geng!
^0^
Salam ziarah....
tidak mengapa kaki bangku jangan kaki pukul atau kaki botol. :P
**foot print**
Thanks for ur nanged..!
Nanged and clicked on your adv.!
Cya around..! Thanks... :)
haha. same la ak pun kaki bangku gak. tapi kalo member2 ko ajk, katakanlah bdk opis ko ajk ko pegi x? Kalo ko x pegi,, ape alasan ko bg ek?
renjer merah>
dorang pun tau aku mcm mana...biasa kalau jwb "gi dulu"
haha...
papepun, pelik camne ko blh baca entri tahun bpe tah ni.haha...
Jom buat team kaki bangku... pastu buat group main skali sambil dibantu oleh sorang playet mantop.... jom kenal..
We are samae bro...tk lah tk sampai nk menendang pon tk reti kan...tapi aki suka tengok perlwanan bola..bile team fav tu menng uish...rase best gitu..
Stuju dgn ridmichi..ridmichi jd admin..kumpul yg kaki bangku..kita training men futsala
Catat Ulasan