Kisah Nak Balik Awal

>> 17 Mei 2010

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaa! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni.

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati…Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

11 komen:

amar haziq 6:25 PTG, Mei 17, 2010  

hahaha....
alasan macam ni pun boleh pakai
;)

jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

APAN 6:40 PTG, Mei 17, 2010  

kan bagus dapat bos gitu nanti....
haha...

kitatauke 9:59 PTG, Mei 17, 2010  

kehkeh...lawak di tengah malam ni...huhuh

Dyla Dahlan 10:22 PTG, Mei 17, 2010  

haaa..apan mesti da bercadang nk bg alasan ke4 hari2 kt bos..hihi

APAN 10:37 PTG, Mei 17, 2010  

x mungkin ma...sy x berbini lagi...single mingle lagi...:)

Aidi-Safuan 9:28 PTG, Mei 18, 2010  

HAHAHAHAHA..cam siot jer alasan tuh.
mat peon tuh ko ker apan?

APAN 10:28 PTG, Mei 18, 2010  

haha...pehal lak aku...
tapi murah rezeku la die pun...
huhu...

Hellioz 1:48 PG, Mei 19, 2010  

gyahahaah
pandai maen~

Tanpa Nama,  5:39 PTG, Mei 20, 2010  

ape kejadahnye ne??!! hahahhahahaha

APAN 6:13 PTG, Mei 20, 2010  

layan je la...
xde story ma...
haha...

Tanpa Nama,  6:22 PTG, Mei 20, 2010  

hahahhah. sebab layan la ak bace.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP