Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati

>> 29 Disember 2011

Hadith:

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah ada antara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah-mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."

Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita-cita dan berdoa untuk mati apabila hidup di dalam kesengsaraan dan menderita.

2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.

3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita-cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita-cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

sumber : Cina Islam

APAN menambah : Takut gak nak kongsi info ni sebab ada hukum haram di situ. Kalau ada yang nak mengulas lebih lanjut amat digalakkan. Mungkin ada yang nak tanya, kalau mohon mati syahid contohnya masa perang macam mana lak? Itu kes lain kot. Sebab isi no. 1 tu menyatakan 'apabila hidup susah'.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP