Satu bilik kosong di Lorong Bukit Setongkol 3

>> 03 Disember 2011

seorang housemate aku dah keluar dari rumah. bukan keluar pergi ECM atau Megamall mahupun KP, tapi pindah sebab dia dah nak pencen. bulan ni bayar sewa rumah pun lebih sikitlah sebab 2 orang je tinggal di rumah ni sekarang.

aku dan housemate aku yang sorang lagi dah cuba tanya membe masing-masing. mana tau ada yang tengah mencari bilik untuk disewa. sebab tak sanggup mengalami kerugian jangka masa panjang, aku nekad mencari housemate baru. Mudah.my kan ada...

ini kali pertama aku masukkan iklan di Mudah. aku masukkan malam semalam. sebab waktu dah malam, makan masa lama sikit untuk diproses. hari ni, aku dapat email yang iklan aku masukkan semalam sudah disiarkan dalam tuh...

1000 sq.ft.? silap tu...housemate aku kata skema giler ayat aku dalam iklan ni. haha...

lepas tu, housemate aku bagitau dah ada orang call dia. nak tanya pasal rumah. aku letak no telefon housemate aku sebab dia lagi senior dalam rumah ni. dia pun sanggup tayang no dia. nasib baik...

dalam pukul 8 malam, orang yang call tu datang buat site visit. sebaya aku je orangnya dan lagi best, kerja satu tempat dengan housemate aku. tapi mereka tak pernah bersemuka lansung sebelum ni. mungkin sebab lain tingkat katanya...

orang tu pun macam dah kompem je masuk. kalau tiba-tiba tak jadi masuk tak tau la sebab iklan di Mudah tu pun aku dah delete. papepun, memang Mudah.my memang mudah. aku menyewa di sini sekarang pun sebab jumpa dalam tu la...

harap paham la apa yang aku cuba sampaikan sebab bila aku cuba baca balik entri ni lepas habis taip, rasa camdoh lak. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP