Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%

>> 10 September 2011

rata-rata blogger pun dah tahu tentang kewujudan Apesal.com. majoriti blog yang aku masuk mesti ada widget daripada apesal. mula-mula aku agak kurang berminat gak untuk daftar. tapi selepas terbaca entri bro yastro kat blog beliau, minat tu semakin bertambah. katanya boleh kasi trafik ke blog. aku pun daftar...


walaupun sudah ada dua tiga lagi laman yang menyerupai perkhidmatan yang disediakan apesal, aku tetap setia kepada apesal ni. malas nak serabut pasang banyak widget dalam blog. tapi aku tengok orang lain, selambe je pasang semua widget. masing-masing punya hak la tu...


aku memang berpuas hati dengan hasil selepas berdaftar dengan apesal ni. kalau tak percaya, cuba tengok statistik blog aku di atas ni. top 10 trafik aku untuk jangka masa (bulanan) tersebut semuanya datang dari apesal. memang berbaloi ma...

bila trafik tinggi, rasa gembira wujud di dalam diri. biasa sebelum ni, kalau buka blog, angka pelawat tu 1 atau 2 je. ye la, tak boleh la nak demand lebih sangat. siapalah aku ni...blog pun bajet bagus je. tapi bila dah daftar dengan apesal, angka tu semakin meningkat. walaupun tak setinggi orang lain, kira puas hati dah la untuk blog macam ni...

sehinggalah pada satu hari tu, aku tak boleh nak hantar entri terbaru aku di apesal. banyak kali aku cuba tapi tak berjaya. kemudian aku terjumpa entri di Apesal.org (blog Apesal.com). mende ni berlaku bila exchange ratio mencecah 300%. kalau nak baca entri tu sila klik SINI.

tanpa segan silu, aku cuba bertanya akan masalah aku ni. nasib baik admin blog tu balas dan aku buat mengikut seperti yang dinyatakan...


tak lama selepas tu, aku perasan pihak apesal dah bagi peluang kedua kat aku. aku pun tak berapa faham apa yang mereka bagi tu, tapi lebih kurang macam statistik kat bawah ni la. tiba-tiba naik tinggi yang warna biru tu. lepas tu baru aku boleh hantar entri terbaru aku balik kat apesal...


papepun terima kasih kepada pihak Apesal.com. sekarang ni statistik aku di apesal kembali seperti biasa. yang penting, widget apesal tu perlu diletakkan di tempat yang sesuai. baru kebarangkalian orang lain nak klik tinggi nanti.

kepada blogger yang belum daftar dengan apesal ni, eloklah kalau daftar blog korang lepas ni. melainkan kalau blog korang memang dah popular, tak payah la kot. aku pasang pun sebab aku tak popular.

lagi satu, kalau entri peribadi, mungkin kurang sambutan gak kot. itu dari pengalaman aku la. banyakkan hantar entri berunsur informasi. insyaallah berhasil...dan aku rasa apesal ni anti dengan 'wordless wednesday'. decline sokmo. tapi bagus gak la tu. selamat mencuba :)

APAN menambah : aku masuk blog Coretan Duniaku tadi. terjumpa entri INI pasal cara mudah untuk edit gambar. aku dah cuba. memang mudah ma. boleh guna secara online terus. tapi aku install terus dalam laptop aku. senang sikit nak guna lepas ni. semua gambar dalam entri ni pun aku edit dalam tu la. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP