Tarikan Istimewa Pulau Arnab Jepun‏

>> 01 Mei 2014

Okunoshima ialah sebuah pulau kecil yang terletak di laut pedalaman (Inland Sea) Jepun. Pulau ini diberi gelaran sebagai Usagi Shima atau Rabbit Island kerana bilangan arnab yang banyak di pulau ini.

arnab

Koordinat: 34°18′31″N 132°59′35″E

Arnab-arnab yang banyak terdapat di Okunoshima menjadi tarikan para pelancong. Selain jinak, mereka juga cenderung untuk mendekati manusia. Menurut beberapa sumber, arnab-arnab dibawa ke sini sebagai bahan eksperimen terhadap kesan pencemaran gas beracun semasa Perang Dunia Kedua berakhir. Sumber lain mengatakan, populasi tinggi arnab di sini disebabkan usaha sekumpulan pelajar melepaskan lapan ekor arnab di pulau tersebut pada 1971. Boleh dijangka apa yang bakal berlaku sekiranya haiwan yang aktif mengawan ini dilepaskan ke sebuah pulau yang bebas pemangsa. Mereka akan terus mengawan dan mengawan dan mengawan.

arnab

arnab

arnab

arnab

arnab

arnab

arnab

Rakaman daripada YouTube ini memaparkan seorang wanita sedang dikerumuni oleh arnab-arnab comel Okunoshima. Tengok kalau tak percaya! Banyak kot!


Semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini menempatkan loji dan makmal senjata kimia Jepun. Pihak tentera menjalankan ujian ke atas gas-gas beracun dan senjata kimia lain di sini. Ia dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik pada ketika itu dan kekal sebagai lokasi rahsia selama 16 tahun (1929-1945). Selepas kekalahan Jepun dalam perang, loji dan makmal rahsia ini dimusnahkan sama sekali termasuk segala dokumen berkaitan.

okunoshima
Antara bangunan tinggal yang pernah digunakan untuk tujuan penghasilan senjata kimia.

okunoshima

Walaupun tarikan utama pelancong ke Okunoshima adalah kerana bilangan arnabnya yang banyak, kisah silamnya semasa perang tidak dilupakan. Pada 1988, sebuah muzium telah dibuka untuk berkongsi dengan orang ramai sejarah yang pernah berlaku di Okunoshima.

okunoshima

okunoshima
Sebuah muzium di Okunoshima.

Pautan: Funzug.com

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP