Alasan Wanita Ini Solat Dan Baca Al-Quran Atas Jejambat
>> 18 Mei 2014
Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Gambar dari Facebook Harian Metro |
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.
"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee. Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.
Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. - myMetro (17/05/2014)
Komen-komen di Facebook |
Macam biasa, bermulalah aksi melontarkan pendapat. Tak de sangat rasanya komen kurang bijak daripada pengguna. Aku tertarik dengan komen saudari Aishah Azri tu. Agak sependapat dengan dia dalam hal ini. Banyak orang spesies baca tajuk je pastu mengada nak komen pandai. Kondem sini sana. Samalah dalam blog pun. Kalau malas sangat nak baca, tak perlu tinggal komen pun tak pe. Sebab kalau berlagak juga nak komen dengan hanya membaca tajuk, ditakuti komen tersebut tersasar daripada apa yang nak disampaikan. Dalam erti kata lain, mengarut!
Harian Metro ni pun satu hal juga. Dah banyak kali aku perasan, kadang-kadang ayat yang digunakan memeningkan. Jejantas dengan jejambat pun tak tahu beza ke.
0 komen:
Catat Ulasan