Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas

>> 30 Julai 2012

Pulau Krismas ialah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2600 kilometer barat laut Perth. Ia merupakan habitat kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan selain terkenal dengan populasi luar biasa ketam merah (Christmas Island red crab), satu spesies ketam tanah yang endemik kepada Pulau Krismas. Apa yang menarik tentang ketam-ketam ini ialah penghijrahan mereka yang menakjubkan dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.

ketam merah @ red crab

Pada awal musim tengkujuh (wet season) yang biasanya pada Oktober/November, lebih 50 juta ketam merah dewasa mula berhijrah dari hutan ke pantai untuk membiak. Penghijrahan biasanya serentak di seluruh pulau ini. Ketam-ketam jantan mengetuai gelombang pertama penghijrahan dan disertai ketam-ketam betina kemudiannya. Mereka mengambil masa 5-7 hari untuk sampai ke pantai. Hujan dan keadaan lembap bermendung membuatkan perjalanan mereka panjang dan sukar.

ketam merah @ red crab

Semasa waktu puncak, bahagian jalan yang dilintasi oleh ketam merah ditutup kepada kenderaan untuk seketika.

ketam merah @ red crab

Selepas mengawan, ketam betina menempatkan telur-telur ke dalam lubang kecil sehingga menetas dan berkembang menjadi anak ketam yang sangat kecil. Selepas kira-kira sebulan di pantai, ketam muda yang diiringi oleh ketam dewasa memulakan perjalanan pulang mereka ke hutan. Apabila memasuki kawasan pedalaman, mereka mula berpecah ke destinasi masing-masing. Ada yang menghilangkan diri ke bawah batu, ranting pokok yang jatuh dan lain-lain untuk tempoh tiga tahun mendatang.

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

Aktiviti manusia telah membawa kepada peningkatan kematian ketam merah semasa penghijrahan tahunan mereka. Ketam merah berisiko kepada dehidrasi apabila mereka terpaksa menyeberangi kawasan lapang yang dibersihkan daripada litupan hutan. Beribu-ribu ketam dewasa dan muda dilanggar oleh kenderaan semasa mereka melintas jalan raya. Selain usaha menutup jalan raya yang digunakan sebagai laluan penghijrahan ketam merah, kakitangan Taman Negara Pulau Krismas juga membina dinding dan pagar plastik khas di sepanjang jalan untuk memandu ketam merah menggunakan "lintasan ketam" dan "jambatan ketam" di mana mereka boleh menyeberang dengan selamat. - Amusing Planet

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

ketam merah @ red crab

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP