Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan
>> 21 Julai 2012
Insyaallah, hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadan ini aku akan bersama keluarga di kampung. Korang berbuka di mana untuk hari pertama?
Bersempena dengan bulan Ramadan yang telah tiba, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama kepada mereka yang selalu masuk baca mende dalam ni. Mintak maaf kalau ada yang tersinggung walaupun rasanya takde ayat-ayat sentap dalam ni. Mana la tahu kan.
Kalau memandu atau menunggang tu, elok-eloklah ye. Harapnya amalan kita di bulan puasa tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Missed sudah tarawih pertama dan harapnya sahur pertama tidak menerima nasib yang sama.
Jangan lupa niat...dan selamat berpuasa!!!
APAN menambah: Review Batman: The Dark Knight Rises - best! Tak sempat nak tulis panjang-panjang dan tak sabar nak berbuka di Padang MPK 2, Kuantan lagi.
0 komen:
Catat Ulasan