Burung Gagak Buat Sarang Guna Penyangkut Baju

>> 28 April 2014

Ini merupakan pemandangan aneh yang boleh dilihat di Tokyo, Jepun. Kebiasaannya, sarang-sarang burung diperbuat daripada ranting kayu dan daun kering tetapi di sini, burung gagaknya bertindak lebih "kehadapan". Mereka menggunakan penyangkut baju yang entah diambil dari mana (curi mungkin) untuk digunakan sebagai struktur utama pada sarang-sarang mereka.

sarang burung

Mungkin kerana sukar untuk mencari bahan semula jadi lain di metropolis yang sibuk ini, menyebabkan penyangkut baju yang banyak tergangtung di ampaian rumah penduduk menjadi pilihan si gagak. Juga, mereka ada membuat sarang "hanger" sebegini di atas tiang-tiang elektrik, di mana situasi itu boleh menyebabkan bekalan kuasa elektrik terputus. Ia menyebabkan pihak syarikat berkaitan terpaksa menjalankan rondaan untuk mencari dan memusnahkan sarang burung yang didapati boleh mengganggu dalam penyampaian bekalan kuasa elektrik.

sarang burung

sarang burung

sarang burung

Burung gagak mencapai kematangan seksual ketika berusia sekitar 3 tahun bagi betina dan 5 tahun bagi jantan. Ada yang boleh hidup sehingga mencecah usia 20 hingga 30 tahun, manakala burung gagak paling tua (peliharaan) direkodkan mati pada usia 59 tahun. Menurut kajian terkini, burung gagak dianggap sebagai salah satu haiwan paling pintar di dunia.

burung gagak
Tiba-tiba teringat cerita ini. Ingat lagi tak?

Pautan: Oddity Central & Wikipedia

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP