Orgasma Lebih 50 Kali Sehari Dek Nimfomania
>> 21 April 2014
Sejak berusia enam tahun, gadis Britain, Amanda Gryce, 24, percaya sesuatu yang ganjil telah terjadi pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila gegendang telinganya menangkap sesuatu bunyi dalam tempoh yang lama. Namun dia hanya mendiamkan masalah tersebut kerana malu untuk memberitahu ibu bapa mahupun teman rapatnya.
Amanda dan teman lelakinya menjalani proses meditasi bagi merawat penyakit ganjil ini. |
Apabila usianya menginjak 23 tahun, masalah tersebut semakin menjadi-jadi dan dia nekad berjumpa doktor. Sebaik tubuh diperiksa, Amanda diberitahu dia menghidap penyakit nimfomania atau gangguan rangsangan genital pada kemaluannya. Penyakit tersebut menyebabkan keinginan seksual seseorang terangsang secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa.
"Saya begitu terkejut dan sedih. Penyakit ini seolah-olah telah menghancurkan kehidupan saya sebagai wanita biasa. Saya sangat malu dengan keadaan ini. Pasti tiada siapa yang sanggup melalui hari-hari yang sukar apabila dirinya terangsang lebih 50 kali dalam sehari," jelasnya.
Menurut Amanda, penyakit tersebut datang secara tiba-tiba dan selalunya sewaktu dia sedang mendengar muzik atau semasa berada di tengah-tengah hiruk-pikuk suasana bandar. Lebih menyedihkan apabila dalam masa sejam, dia boleh terangsang sebanyak lebih lima kali.
"Mungkin sesetengah orang beranggapan perkara itu menyeronokkan tetapi hakikatnya kehidupan harian terganggu. Lebih-lebih jika ia berlaku sewaktu saya sedang berurusan dengan orang lain," ujarnya. Tambahnya, disebabkan malu, dia hanya berdiam diri dan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain.
"Orgasma atau mencapai klimaks seksual lebih 50 kali sehari memang tidak masuk akal. Tambahan pula apabila penyakit tersebut datang tanpa mengira waktu termasuk semasa saya berhibur bersama teman-teman," katanya. Ujarnya, mahu tidak mahu dia sekadar melemparkan senyuman dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku setiap kali gangguan tersebut terjadi di hadapan orang ramai.
Namun begitu, keadaan tersebut berubah selepas dia menemui cinta pandang pertamanya, Stuart Triplett, 22, tujuh bulan lalu menerusi laman sosial. Bukan itu sahaja, Amanda juga kerap bertemu dengan doktor bagi merawat penyakit tersebut.
Penderitaan Amanda hampir berakhir setelah menemui Stuart. |
"Bermula tahun lepas lagi, saya membaca artikel tentang penyakit ganjil ini. Sedikit sebanyak saya sudah tahu mengenainya. Mula-mula saya agak kecewa apabila ada doktor yang enggan merawat saya. Namun saya berterima kasih kepada pakar pelvis, Dr. Robert Echenberg, yang menemui cara untuk mengawal penyakit ini," ujarnya.
Katanya, selepas mendapatkan beberapa siri rawatan, gangguan tersebut mula berkurangan.
"Saya mengambil ubat untuk mengebaskan kawasan sekitar alat sulit saya selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam supaya saya tidak memikirkan hal-hal seksual. Kini saya gembira kerana penyakit ini semakin sembuh," ujarnya.
Namun begitu, doktor melarang Amanda dan teman lelakinya mengadakan hubungan intim.
"Pada awalnya agak sukar untuk menerangkan penyakit ini kepada Stuart kerana saya takutkan reaksinya. Mujurlah ia bukan masalah besar bagi Stuart. Dia benar-benar memahami dan banyak membantu sepanjang proses pemulihan tersebut," katanya.
Selain memakan ubat yang diberikan doktor, Amanda turut mendapatkan rawatan terapi fizikal daripada Gina Parsons di samping melakukan meditasi regangan.
Gina Parsons memberi rawatan terapi kepada Amanda. |
"Selalunya Stuart akan mengingatkan saya bahawa kami tidak dibenarkan mengadakan hubungan kelamin. Selepas semuanya kembali normal nanti, barulah kami berkahwin," ujarnya.
Menurut seorang pakar sakit puan dari Kolej Imperial London, Dr. David Goldmeier, gangguan rangsangan seksual atau nimfomania merupakan penyakit yang baru dikenal pasti dan belum ada penawarnya.
"Pesakit cenderung untuk mengadu mengenai masalah rangsangan kemaluan tetapi tidak dikaitkan dengan keinginan seks dalam tempoh yang panjang. Punca penyakit ini tidak diketahui tetapi penghidap didapati mengalami rangsangan secara tiba-tiba dan boleh berlanjutan sehingga sehari suntuk," katanya.
Jelasnya, keadaan tersebut sangat sukar dilalui oleh wanita dan sehingga kini, tiada rawatan khususnya untuk menangani gejala tersebut. "Bagaimanapun, penyakit ini dapat dirawat secara perlahan-lahan melalui kaedah meditasi, senaman otot lantai pelvik dan pengambilan ubat tahan sakit secara konsisten," terangnya. - Kosmo! Online
Gambar terakhir diambil menggunakan telefon bimbit berkamera 2 megapixel, hasil penambahan RM50 daripada rebet telefon pintar kerajaan sebanyak RM200 (kalau tak silap). Walaupun murah dan cikai, sumbangannya begitu besar sekali. Kalau tiada kerja untuk dibuat di office, Candy Crush sampai ke sudahlah. Tambah lagi, gadget canggih aku ini baru lepas install WeChat, "People Nearby" menggantikan Candy Crush buat sementara waktu.
Sedang berangan-angan mendapatkan pengganti yang lebih canggih tapi apakan daya, masih belum berkesempatan. Jeles dengan budak sekolah zaman sekarang.
Papepun, kesian dengan mangsa penyakit di atas. Tak tercapai akal apa yang perlu dia hadapi sehari-hari. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit sebegini.
0 komen:
Catat Ulasan