Aksi Selamba Burung Camar Bersarang Sangat Dekat Dengan Landasan Keretapi

>> 28 June 2012

Pemilihan kawasan rumah yang dekat dengan jaringan pengangkutan awam adalah satu pilihan yang bijak. Selain dapat menjimatkan masa, kita juga dapat menjimatkan kos seharian. Memang berguna jika anda seorang manusia tapi bagaimana pula jika pilihan tersebut dibuat oleh seekor burung? 

KONGSA KONGSI

Tak salah kalau burung pun nak buat keputusan sebegitu. Apa yang perlu dikisahkan sangat kan? Tapi bila dah terlalu rapat dengan laluan, sampai ke kita pula yang terasa bahayanya. Rakaman gambar ini diambil di Perhentian Mallaig di Lochaber, Scotland. Kelihatan seekor burung camar bersarang betul-betul di sisi landasan keretapi di perhentian itu.

Aksi selamba batak burung camar ini menjadi perhatian banyak penumpang. Mereka dapat melihat keberanian burung ini mengeram telurnya dari dalam gerabak yang melalui hanya beberapa inci di sisinya.

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

KONGSA KONGSI

Gambar-gambar ini diambil oleh Geoff Wheeler yang sedang bercuti bersama isterinya ketika itu. Burung ini sedikitpun tidak gentar akan kehadiran keretapi. Ia tetap setia bersama telur-telurnya. Kebimbangan orang ramai kepada anak-anak burung ini yang akan menetas dan merayap di atas landasan keretapi nanti. Apalah nasib mereka?

Sumber: Mail Online

Beberapa lagi aksi 'berani' binatang di atas muka Bumi ini boleh dilihat dalam entri di bawah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP