Video Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi
>> 19 Jun 2012
Dikhabarkan kemalangan berlaku pada hari Jumaat melibatkan kereta Toyota Camry yang dipandu oleh mangsa dengan kelajuan 200 km/j ketika itu tiba-tiba "drift" sebelum berpusing berkali-kali menyebabkan 4 orang yang berada di dalamnya meninggal dunia di tempat kejadian. Siap ada anggota badan yang terputus dan terpelanting di atas jalan raya!
Al-Fatihah... - Apa Khabar Orang Kampung
Tarikh sebenar kejadian tidak diketahui. Video ini ada juga dimuat naik di YouTube pada bulan Mei 2012. Jumlah tontonan kini sudah mencecah lebih 2 juta.
Apa punca sebenar yang menyebabkan kereta itu berpusing-pusing? Siapa yang pandai analisa video ini, nak juga tahu puncanya. Sebagai peringatan untuk kita semua beringat ketika memandu di jalan raya. Selamat!
0 komen:
Catat Ulasan