Bila Diri Amat Diperlukan
>> 18 Jun 2012
Sebagai pekerja bawahan, sebolehnya aku akan mengikut segala arahan daripada pihak atasan. Walaupun bukan semua yang ditugaskan itu kesukaan aku, nak tak nak kena siapkan. Janji apa yang disuruh itu dalam waktu pejabat dan boleh dicas kalau kena kerja lebih masa. Orang baru macam aku payah nak bagi alasan. Tambah-tambah bujang, selalu sangat jadi mangsa.
Jika satu-satu kerja lewat seperti yang telah dijadualkan, suasana kelam kabut pasti berlaku. Payah betul nak terima bila pukul 5 petang hari Jumaat, waktu orang lain berkemas untuk bebas dari pejabat, tiba-tiba orang suruh tunggu. Katanya, sekejap je.
Sekejap-sekejap pun, pukul 5 pagi baru balik rumah. Kejap apa macam tu. Entah boleh cas lagi ke tak la projek tu. Nasib baik bukan aku seorang masa tu. Laju sikit kerja. Kalau tak, esoknya mesti kena masuk kerja balik walaupun perancangan di hari cuti banyak sekali (update blog je padahal).
Pengorbanan untuk balik kerja pada pukul 5 pagi supaya aku tak perlu masuk lagi keesokannya. Memang apa yang ditugaskan untuk aku masa tu siap semuanya. Tapi, bila dah nama orang atasan, dia tak perasan pun benda tu.
Keesokannya, aku dipanggil melalui telefon. Diarahkan menyiapkan pula sisa kerja orang lain yang telah pulang ke kampungnya pada ketika itu. Dengan beraninya, aku menolak 'pelawaan' tersebut sebab terus terang aku kata aku ada hal lain. Tak pasal-pasal kena sambung kerja orang lain. Malas aku.
Sangkaan cuti yang aman tidak terhenti di situ, aku sekali lagi dipanggil melalui telefon. Masa tu aku tengah makan malam di pusat bandar. Dihadapan rakan serumah merangkap rakan sepejabat, panggilan tersebut terus diabaikan. Malas sudah berbicara dengan orang macam tu. Tak faham orang lain langsung. Nak senang dia je.
Hari ini, aman je. Tiada panggilan daripada beliau. Hari cuti yang lebih sempurna daripada semalam. Menunggu hari esok. Mesti bolok giler rasanya keadaan masa tu. haha...
*Sila prihatin dengan orang bawahan. Kami punya hati dan perasaan!
0 komen:
Catat Ulasan