Asics Gel-Nimbus 22 Lite-Show: Selepas 750km

>> 22 Januari 2021

Mula berkhidmat pada Julai 2020 sehingga ke hari ni. Kasut larian pertama yang dibeli dengan harga lebih RM500. Sebelum pada tu, memang tak sanggup nak labur lebih RM300 untuk sepasang kasut lari.

Blog Buruk
Asics Gel-Nimbus 22 Lite-Show

Asics Gel-Nimbus 22 Lite-Show ada beza sikit dengan versi original. Tak beza banyak pun, cuma ada penambahan ciri reflektif pada bahagian upper. Kira sesuai lah untuk dibawa berlari malam. Itu pun lepas beli baru perasan.

Blog Buruk

Blog Buruk

Banyak kilometer saya dengan kasut ni. Saya rasa mungkin boleh cecah 800 - 1000km kalau dilihat pada kondisi kasut ni sekarang. Kualiti binaan Asics untuk kasut ni memang tidak mengecewakan. Masih selesa dipakai sampai sekarang.

Cumanya untuk bahagian outsole, memang ada nampak perubahan pada tapak. Bagi saya, laju jugak dia punya makan. Kalau diikutkan, bahagian tu guna Asics High Abrasion Resistant Rubbar (AHAR). Boleh lihat gambar untuk lihat kondisi tapak.

Blog Buruk

Antara sumbangan besar Gel-Nimbus ni ialah dalam larian full marathon + ultra marathon pertama saya. Jumlah jarak pada hari tu 70km dengan catatan masa sekitar 12 jam. Ye, memang lama sebab cuaca hujan hari tu. Jadinya, banyak berjalan je daripada berlari. Sekurang-kurangnya, saya dan seorang lagi kawan berjaya juga habiskan sasaran 70km tu.

Blog Buruk

Bagi saya, siri Gel-Nimbus sesuai dijadikan daily trainer untuk easy run atau long run sebab kasut ni banyak kusyen. Selesa dan dapat memberi perlindungan pada kaki semasa larian jarak jauh. Sekarang dah keluar Asics Gel-Nimbus 23 dan Asics Gel-Nimbus Lite 2 di pasaran.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP