Nike Pegasus Trail 2: Pengenalan

>> 19 Januari 2021

Ini merupakan kasut pertama saya yang dibeli secara dalam talian. Selamat sampai kepada saya pada 13 Oktober 2020 yang lepas.

blog buruk
Nike Pegasus Trail 2

Model sebelumnya menggunakan nama Nike Pegasus 36 Trail, kasut denai pertama dalam keluarga Pegasus. Untuk keluaran kedua ni, kesinambungan nama diubah menjadi Nike Pegasus Trail 2. Bab nama ni, saya setuju dengan tindakan Nike.

blog buruk

blog buruk

Saya dapatkan kasut ni dengan harga RM492.99 dari laman Runnerinn, tidak termasuk kos penghantaran. Di sinilah bermulanya detik gila beli kasut saya. Jadi suka pulak beli kasut.

Tarikan utama kasut ni bagi saya ialah penampilannya. Kali pertama tengok, dah jatuh cinta dengan rekaan moden bersama warna yang mengancam tu. Ditambah dengan review positif dalam YouTube daripada kebanyakan otai kasut lari.

blog buruk
blog buruk

Tapi ada buruknya juga kalau beli kasut trail warna terang-terang macam ni. Akan dikongsi dalam perkongsian berikutnya. Setakat ni baru guna dalam 50km.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP