Adidas SL20 Summer Ready: Selepas 600km

>> 17 Januari 2021

Kasut ni dibeli menggunakan khidmat personal shopper. Sampai ke saya pada 24.07.2020 dengan tujuan kasut untuk hari pace laju.

Blog Buruk
Adidas SL20 Summer Ready


Selepas lebih 600km, saya masih sayang Adidas SL20 Summer Ready ni. Kondisi pun masih cemerlang - upper, midsole, outsole.

Upper untuk versi Summer Ready ni "lebih berlubang", sesuai dengan iklim panas negara kita ni. Midsole guna Lightstrike, boleh kata cushion baru daripada Adidas selain Boost yang berat tu.

Blog Buruk

Paling best pasal SL20 ni ialah outsole yang menggunakan getah Continental. Itu menyumbang kepada durability kasut ni - tapak lambat haus. Kebanyakan kasut Adidas yang harga "keras" guna getah Continental. Sampaikan saya guna jugak kasut ni untuk larian pace perlahan - MAF training dll.

SL20 ni ringan, banyak bantu saya buat PB larian. Boleh kata, semua PB saya guna kasut ni. Longest distance saya pernah pakai mungkin untuk half marathon sahaja. Lebih pada tu, saya akan guna kasut yang lebih berkusyen.

Blog Buruk
Blog Buruk

Sekarang dah keluar SL20.2. Jadinya harga SL20 banyak yang ada potongan.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP