Adidas Ultraboost 20: Pengenalan
>> 13 Januari 2021
Saya peminat jenama Adidas. Jadi keinginan nak cuba siri Ultraboost ni memang tinggi. Cumanya, harga Ultraboost terlalu mahal bagi saya. Masih belum sanggup untuk belanjakan sekitar RM780 untuk sepasang kasut lari.
Untung saya, sebab Adidas ada buat sale baru-baru ni. Dapat la harga mampu milik sikit. Potongan 40% kira banyak juga tu. Jadi, merasa jugaklah pakai Ultraboost.
Pilihan warna untuk siri Ultraboost ni pun banyak sebenarnya. Saya memang nak beli warna hitam sebab nak buat pakai gi kerja. Orang cakap kasut ni sedap dibuat berjalan. Dengan rekaan macam tu, saya pun rasa sesuai.
Kualiti memang tiptop, tapi best ke buat kasut lari? Pape nanti saya update kemudian.
0 komen:
Catat Ulasan