Asics Novablast: Selepas 100km
>> 20 Januari 2021
Asics Novablast antara kasut lari yang banyak mendapat maklum balas positif daripada pembeli pada tahun lepas. Ia berbeza dengan kebanyakan kasut keluaran Asics yang lain.
Asics popular dengan teknologi gel pada kasut mereka. Sebagai contoh seperti siri Asics Gel-Nimbus, Asics Gel-Kayano dan Asics Gel-Cumulus. Saya pun ada sepasang kasut Asics Gel-Nimbus 22 dan masih digunakan sampai sekarang.
Beza Novablast dengan siri gel yang lain, ia tidak menggunakan gel pada midsole. Asics guna Flytefoam Blast yang lebih ringan dan ada kesan "melantun".
Selepas 100km, saya perasan bahagian tapak ada haus sikit, tapi masih minimum dan boleh diterima. Untuk bahagian upper, kasut ni boleh bernafas dengan baik dan selesa dipakai.
Keseluruhannya, Asics Novablast ni ringan, selesa dipakai untuk larian. Buat masa sekarang, saya guna untuk easy run sahaja, belum pernah cuba untuk long run (saya takrifkan sebagai larian melebihi 15km).
Saya beli Asics Novablast ni dengan harga sekitar RM533 di Runnerinn, tidak termasuk kos penghantaran. Kasut lari kedua yang dibeli di situ selepas Nike Pegasus Trail 2.
Kasut ni sampai ke saya pada 4 Disember 2020. Hajat nak guna untuk larian full marathon pertama saya pada awal pagi 5 Disember 2020. Fikir balik, tak berani nak ambil risiko sebab kasut masih baru. Takut tak sesuai tiba-tiba.
0 komen:
Catat Ulasan