Asics Frequent Trail & Asics Gel-Sonoma 5: Kasut Denai Harga Ekonomi

>> 23 Januari 2021

Asics Frequent Trail merupakan kasut trail pertama saya. Masa ni tak tahu sangat pasal kasut, main beli je. Tapi kasut ni boleh tahan, tidak mengecewakan. Sempat digunakan hingga lebih 720km bermula Mac 2019 dengan harga RM229. Kenangan terindah dengan kasut ni rasanya masa pergi Gunung Bongkok di Jerantut, Pahang.

Blog Buruk
Asics Frequent Trail

Asics Gel-Sonoma 5, dimiliki pada Mei 2020. Tak silap pergi beli masa tengah PKP masa tu. Pakai face mask, masuk mall beli kasut pastu terus balik. Masih berkhidmat sehingga hari ni dengan jumlah kilometer lebih 360km.

Blog Buruk
Asics Gel-Sonoma 5

Kedua-dua model ni selesa dipakai, berbaloi dengan harga. Mungkin masalah biasa untuk kasut trail Asics (yang murah), bahagian depan cepat lekang kalau dibuat kasut lari/hiking dalam hutan. Kena pantau selalu lepas guna dan terus gam untuk pastikan bahagian depan yang lekang tu kembali melekat kemas.

Blog Buruk

Semasa awal penglibatan, saya tetapkan RM300 sebagai harga siling untuk sepasang kasut larian. Lagi-lagi kalau kasut trail, kasut yang jarang guna. Buat apa nak beli mahal-mahal sangat kan. Ayat masa tu lah.

Untuk range harga bawah RM300, Asics dilihat mempunyai banyak pilihan masa tu. Jenama lain ada juga kasut trail tapi Asics lebih mesra rakyat - mudah dapat (Al-Ikhsan). Antara siri kasut trail lain daripada Asics ialah Gel-Scram dan Gel-Venture. Harga kedua-dua siri ni pun bawah RM300. Kalau harga lebih RM300 contohnya seperti siri Gel-Fujitrabuco.

Blog Buruk

Blog Buruk

Walau kasut trail kita jarang guna sekalipun, elakkan guna kasut tersebut untuk aktiviti larian di atas jalan raya. Nanti outsole lug akan cepat haus. Bila dah haus, nanti kasut trail tak perform masa dalam denai hutan dan sebagainya.

Saya dulu tak cara sangat. Bila lari atas jalan berturap pun kadang-kadang guna kasut trail sebab kasut trail masih sikit kilometer. Tak perasan pun rupanya outsole lug dah semakin nipis. Bila dah jatuh dalam hutan, baru cek balik. Hoho...

Melainkan route yang digunakan campuran antara denai hutan dan jalan berturap, takde masalah pun nak guna. Kalau ada bajet, cari yang boleh guna untuk both surface. Ada la lebih dan kurangnya pulak nanti.

1 komen:

LampuHijau 3:19 PTG, Januari 25, 2021  

Saya pula kalau kasut gam ni memang akan hantar jahit dulu baru pakai. Kalau tak memang pecah depan kasut tu.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP