Coros Apex Pro: Pengenalan

>> 07 Februari 2021

Di awal penglibatan dulu, saya rekod aktiviti hiking dan larian guna smartphone je. Kena sebut "hiking", sebab hiking tu yang jadikan saya semakin minat ke running. Masa tu, saya guna aplikasi Strava dalam phone.

Blog Buruk

Eh silap, dulu-dulu tak rekod pun. Main lari je ikut kemampuan waktu tu. Tengok masa pun guna G-Shock Mudman, terasa berat lak bila pakai sekarang. Selepas bertahun-tahun dengan G-Shock, Oktober 2018 saya cuba pakai Mi Band 3 - penjejak kesihatan (fitness tracker) pertama saya. Harga murah je, dalam RM100.

Blog Buruk
Mi Band 3

Jodoh dengan Mi Band 3 tak lama, tak sampai 4 bulan pun. Bukan sebab band rosak tapi sebab saya dapat pengganti percuma dari majikan. Kami diberikan Amazfit Bip sorang satu. Khidmat Bip ni lama sikit, dalam 5 bulan (Februari - Julai 2019). Bagusnya Bip ni sebab baterinya tahan lama, boleh cecah sebulan tanpa cas.

Blog Buruk
Amazfit Bip

Bila Bip dah tunjukkan tanda-tanda penuaan, ia digantikan dengan Amazfit Stratos. Kenapa Amazfit lagi? Sebab murah, tapi review ok. Walau murah, Stratos ni antara jam sukan Amazfit yang paling mahal. Harga lingkungan RM500 lebih gak. Untuk pemula yang sayang duit macam saya, bolehlah cuba jenama Amazfit. Mula dari bawah, baru boleh belajar banyak sikit.

Blog Buruk
Amazfit Stratos

Stratos ni lawa, kira jam sukan yang boleh dibuat bergaya gak la. Kelemahan utamanya bagi saya ialah ketahanan bateri. Kejap sangat habisnya, tak sampai 5 hari dah kena cas. Data aktiviti seperti distance, elevation, heart rate dll tidak berapa memuaskan. Perbandingan dibuat berdasarkan data aktiviti yang dikeluarkan jam sukan yang saya gunakan sekarang.

Blog Buruk
Coros Apex Pro

Lepas 7 bulan guna Stratos, Februari 2020 saya beralih ke Coros Apex Pro sampailah sekarang. Sebelum ni, tak ramai yang familiar dengan jenama Coros jika dibandingkan dengan jenama besar lain seperti Garmin, Suunto atau Polar. Nampak juga la sekarang, nama Coros semakin naik. Eliud Kipchonge pun ditaja Coros, satu berita baik untuk jenama dari USA ni.


0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP