Coros Apex Pro: Selepas 1 Tahun

>> 07 Februari 2021

Saya buat survey pelbagai model sebelum decide untuk beli Apex Pro ni. Antara model dalam radar masa tu seperti siri Garmin Forerunner & Garmin Fenix 5. Nak gah, beli Garmin la ork, tapi tu lah lekat ke Apex Pro ni jugak. Harganya dilihat kekal RM2099 dulu, kini dan mungkin selamanya.

Blog Buruk
Coros Apex Pro

Paling best pasal Apex Pro dan model jam lain daripada Coros ialah baterinya yang tahan lama. Secara purata, bateri Apex Pro mampu bertahan selama sebulan untuk sekali cas. Cikai-cikai kalau selalu on GPS pun, 20 hari masih on bossku! Masih lebih lama daripada pesaingnya dari jenama lain, contoh seperti Garmin Forerunner 945.

Data aktiviti pun comey - distance, elevation, heart rate dll dilihat dalam range yang sepatutnya. Dibandingkan dengan data aktiviti daripada Stratos, Apex Pro banyak tepatnya. Stratos, amnya Amazfit banyak "tipu" terutama bab elevation. Memang meriah elevation gain kalau guna peranti Amazfit, kebanyakannya (mungkin semua 😈).

Blog Buruk

Kekurangan terbesar Apex Pro bagi saya ialah aplikasi Coros yang tak boleh link dengan aplikasi Google Fit. Saya perlukan Google Fit sebagai jambatan untuk link ke beberapa aplikasi lain, contohnya seperti BookDoc. Kesudahannya, nak beraktiviti luar kena bawa phone jugak lah. Bab ni, aplikasi Amazfit menang sebab tiada masalah nak link ke Google Fit, menang sikit je lah.

Blog Buruk

Bukan isu besar pun bagi saya berlari sambil bawa phone, simpan dalam poket. Kebiasaannya pun takkan tinggal, berguna untuk kecemasan dan boleh ambil gambar nanti. Cuma ada situasi tertentu, best jugak kalau boleh tinggal. Tapi tu lah, tinggal kang data tak count pulak.

Rumusan saya, jam G-Shock akan jadi berat bila kita dah mula pakai jam sukan. Untuk permulaan, boleh cuba jam jenama Amazfit sebagai alternatif yang lebih murah. Bila berhajat nak naik taraf, jenama Coros layak diletakkan sebaris dengan jenama-jenama besar lain. Beli ikut cara penggunaan, tak semua features dalam jam kita akan pakai nanti.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP