Compressport Free Belt Pro: Beg Pinggang Larian Pilihan

>> 15 Februari 2021

Running belt atau beg pinggang larian merupakan salah satu gear asas kepada pelari. Ia merupakan alternatif kepada running vest, malah lebih ringkas dan mungkin lebih selesa.

Blog Buruk

Selepas menggunakan berapa jenis belt, saya amat berpuas hati dengan Free Belt Pro daripada jenama Compressport ni. Selesa dan kemas dipakai di pinggang, tak kira berjalan atau berlari.

Blog Buruk
Compressport Free Belt Pro

Selalu digunakan untuk aktiviti luar secara berkumpulan. Sebab bila ramai, selalunya banyak check point. Kalau sorang, biasanya saya pakai Kalenji Running Belt je untuk simpan telefon dan kunci, selit juga RM10 buat bekal. Recommended product from Decathlon, harga RM25 je.

Blog Buruk
Kalenji Running Belt

Kembali kepada Free Belt Pro, bahan boleh regang yang digunakan berkualiti dan mempunyai ruang simpanan tanpa sempadan. Mengikut penggunaan saya, belt ini mampu memuatkan 2 soft flask 500ml (3 pun boleh) bersama beberapa barangan peribadi lain seperti telefon, kunci, dokumen pengenalan dll. Perlu pilih belt mengikut saiz pinggang masing-masing.

Blog Buruk

Rekaannya mirip kepada Naked Running Band, namun secara peribadi, Compressport Free Belt Pro comey lagi. Harga pun lagi murah. Saya beli dengan harga sekitar RM170 di Shopee pada Oktober 2020, penjual tempatan. Pilihan yang lebih murah seperti Salomon Pulse Belt - harga sekitar RM120, tapi ruang simpanannya terhad di ruang depan dan belakang sahaja.

Blog Buruk

Sebelumnya, saya ada gunakan Nathan The Zipster yang berharga sekitar RM120. Masalah utamanya, tak boleh nak masukkan soft flask 500ml. Ia ada 4 poket simpanan dengan 2 daripadanya berzip. Saiz kesemua 4 poket lebih kurang sama je, muat untuk simpan telefon pintar dalam setiap poket.

Blog Buruk
Nathan The Zipster
Blog Buruk

Untuk memastikan keselesaan yang optimum semasa digunakan, kita kena pandai susun atur barangan yang disimpan dalam belt. Biar bagi balance orang kabo, baru sedak kalau nak berlari pun.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP