Nike Pegasus Trail 2: Selepas 100km

>> 17 Februari 2021

Kesian kasut trail semasa musim PKP ni sebab jarang guna. Nak masuk hutan tak boleh, payah sikitlah nak tambah mileage. Setakat boleh lari atas road je la buat masa ni. Syukur, elok la juga tu daripada tak boleh lari terus macam dulu.

Blog Buruk
Nike Pegasus Trail 2

Sementara tu, sempat la juga tambah mileage untuk Nike Pegasus Trail 2 saya semasa cuti Tahun Baru Cina baru ni. Ambil masa juga nak cecah 100km dengan situasi sekarang.

Bagi saya, Pegasus Trail 2 ni masih handsome sampai sekarang. Tak jumpa lagi model kasut denai yang boleh lawan kekacakan Pegasus Trail 2. Pilihan warna yang dikeluarkan pun semakin banyak.

Apa yang boleh saya katakan, Pegasus Trail 2 ialah kasut denai yang selesa. Rasanya mungkin sama seperti siri Nike Pegasus yang dikeluarkan untuk larian di atas jalan raya. Saya tak pernah ada/cuba siri Nike Pegasus, jadi payah sikit nak bandingkan.

Ada beberapa sesi larian saya bersama Pegasus Trail 2 di atas jalan berturap. Walaupun sebagai kasut denai, saya rasa ia berfungsi dengan baik di atas jalan berturap. Bahagian outsole mula menampakkan perubahan, tapi masih dalam keadaan baik.

Blog Buruk

Kelemahan utama Pegasus Trail 2 bagi saya ialah bahagian upper. Tak pasti material apa yang digunakan, tapi agak sukar untuk hilangkan kesan kotoran pada bahagian upper. Kebiasaannya, lepas dilalukan dan digosok dengan air, kesan sebegitu akan hilang.

Selain tu, bahagian upper yang nipis menyebabkan ia mudah carik/koyak. Kalau masuk trail, waspada dengan akar-akar pokok atau seumpamanya yang boleh bersangkut/bersentuh dengan bahagian upper kasut. Saya punya belah kiri, dah ada carik sikit sebab tersangkut kat akar pokok.

Ada satu lagi, bahagian tali - terlebih panjang. Sekali simpul tak jalan, memang kena simpul dua kali baru nampak kemas. Lagipun, kalau simpul sekali, nescaya akan lucut di pertengahan jalan. Material untuk tali ni pun satu hal, agak mudah rosak seperti bahagian upper tadi.

Blog Buruk

Kesimpulan saya, Nike Pegasus Trail 2 ni kasut handsome yang sedap dipakai untuk trail running. Malangnya, bahagian upper dilihat agak manja dan memerlukan perhatian lebih supaya ianya kekal handsome dan bertahan lama.

Lupa nak kabo, kalau beli kasut trail warna terang, kena rajinkan diri untuk bersihkan kasut sejurus selesai aktiviti kotor. Nak senang, pilih warna yang gelap sikit untuk kasut trail.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP