Kes Saman Pemuda India Terhadap AXE
>> 27 Julai 2011
Saman AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan
New Delhi, Seorang lelaki India berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.
Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.
Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.
Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".
"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.
Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.
Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.
Vaibhav Bedi |
APAN dapat kat SINI!
*******
kalau tak silap aku, sebelum ni pun aku dah terima berita ni melalui langganan di yahoo group. agak lama gak la. cuma yang membezakan email sebelum ni dengan email terbaru ni ialah kewujudan gambar pemuda yang bertindak menyaman AXE ni, Vaibhav Bedi.
nak kata tak kacak, tak juga kalau betul gambar dia seperti yang dilampirkan tu. buta ke apa perempuan kat sana? haha...
yang jelas aku tak percaya gambar yang dilampirkan tu gambar pemuda yang bertindak menyaman AXE. korang? ada info lain pasal mamat ni? atau berita ni memang dah palsu?
jangan la taksub sangat lepas tengok iklan kat tv lepas ni. tapi aku sendiri pun tak puas hati gak. pernah gak sembur AXE kat badan aku ni, tak de pun awek cun bagi no kat aku lepas tu. iklan nak gempak je. haha...
0 komen:
Catat Ulasan