22 Perkara Dalam 22 Tahun
>> 31 Julai 2011
erm...payah gak nak perah memori ni. di bawah ini antara beberapa perkara yang aku nak kongsikan pasal diri aku...
- aku pernah dibapakan oleh tiga orang bapa. seorang bapa kandung dan dua orang bapa tiri...
- mula berkaca mata ketika darjah dua sampai sekarang...
- mula ditumbuhi jerawat ketika darjah enam...
- mula merokok ketika tingkatan dua dan akan berhenti suatu hari nanti...
- keluarga aku ada bela kucing, ayam, arnab dan dua ekor beruk. aku lebih cenderung untuk bergaul dengan dua ekor beruk tu berbanding yang lain...
- binaan yang paling besar pernah dibina ialah reban arnab belakang rumah aku. 90% aku buat. tapi sekarang dah usang...
- pengalaman hidup di asrama bermula dari tingkatan satu sampai habis diploma = 8 tahun...
- pernah tengok orang kebumikan jenazah secara lansung masa sekolah rendah. tak ingat darjah berapa...
- pernah kantoi ponteng sekolah. guru disiplin siap naik atas bas masa nak balik...
- pernah belajar taekwando (yellow belt kot) dan silat gayong (bengkung putih kot) masa sekolah dulu. tapi sekarang dah lupa...
- pernah mempunyai housemate yang tak pernah panggil nama aku, 'AFHAN'. tah dia ingat ke tak la nama aku masa tu...
- handphone pernah kena curi sebanyak dua kali...
- baru dua kali main futsal dalam gelanggang futsal kot...
- baru dua kali pergi dengar ceramah ustaz azhar. nasib baik membe ajak...
- tiada pengalaman dalam kemalangan yang menyebabkan jahit menjahit dan pancutan darah. pernah terbabas je...
- tiada pengalaman berkhatan dengan tok mudin @ tukang sunat tradisional...
- tiada pengalaman dalam memandu kenderaan empat roda. lesen pun tak de lagi ma. belum datang semangat nak ambil...
- follower blog ini lebih ramai daripada friend aku kat facebook...
- status perhubungan yang sentiasa single (oh...ini bukan ayat desperate ye)...
- mempunyai hubungan jarak jauh dengan seorang kawan perempuan selama lebih enam tahun. sampai sekarang tak pernah jumpa tapi masih berhubungan...
- bukan pemakan sayur yang agresif. aku lebih cenderung untuk makan sayur kubis dan taugeh sahaja...
- anti daging kambing...
foto tingkatan 1 |
kenapa 22? sebab hari ini 31 julai 2011. genap 22 tahun aku hidup kat atas muka bumi ni dan... aku tahu aku masih muda dan gagah lagi. haha... alhamdulillah!
0 komen:
Catat Ulasan