Ini Bukan Buncit, Ini Tumor 80 kg

>> 19 Julai 2011


Kini sudah 3 tahun Nguyen Duy Hai dari bandar Da Lat, Vietnam tidak dapat bergerak dan hanya boleh tidur dalam keadaan duduk tegak disebabkan tumor yang semakin membesar sehingga mencecah 80 kilogram.

Dengan diameter 1 meter, tumor lelaki berumur 31 tahun ini bersambung dengan kaki kirinya dan menyebabkan kesakitan melampau apabila berlaku perubahan cuaca.

"Tumornya telah membesar begitu cepat dan berat sehingga dia tidak boleh melakukan sesuatu sendirian tetapi hanya duduk di sana," Nguyen Thi Cho Con, ibu Hai berkata sambil menitiskan air mata.

Selama bertahun-tahun, wanita berumur 61 tahun itu telah memberi perhatian akan keperluan asas kesemua anak lelakinya. Dia berkongsi, satu-satunya yang membimbangkan ialah kesihatannya yang kian merosot kini tidak akan membolehkannya berbuat begitu lagi kelak.

"Dia hanya menjerit dalam kesakitan apabila cuaca yang berubah memberi kesan ke atas tumornya. Dia perlu duduk dan tidur seperti seekor katak kerana keadaan tumornya tidak membolehkannya untuk bergerak atau memusingkan badan. Ia amat menyedihkan untuk melihat anak anda setiap hari begini," Con menambah.


Hai anak lelaki ke-4 daripada 5 beradik dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak yang normal sehingga anggota badannya menjadi semakin lemah dan tidak mampu untuk berdiri sendiri.

Seusia 4 tahun, kaki kanannya menunjukkan tanda-tanda luar biasa apabila membesar lebih cepat daripada kaki yang satu lagi. Ini membuatkan dia berhenti sekolah di gred ke-6 apabila Hai tidak boleh berjalan secara normal seperti teman-teman sebayanya.

Tumor seberat sehingga 25 kilogram apabila dia berumur 17 tahun mendorong keluarganya meminta Lam Dong General Hospital memotong kaki kanannya. Pada masa itu, doktor-doktor masih tidak boleh mendiagnosis penyebab tumor tetapi tumor yang dialami mungkin disebabkan rekahan kulit dan nekrosis.

"Kami sangat gembira selepas itu, kerana walaupun dia hilang satu kaki, dia boleh berjalan dengan menggunakan tongkat dan menjaga dirinya," Con mengimbas kembali waktu selepas pembedahan itu.

Bagaimanapun, sejak 2001, hujung bahagian kaki yang dipotong membesar dengan satu tumor lagi, yang terus membesar lebih besar kepada diameter 1 meter dan seberat 80 kilogram sekarang.

Pembengkakan telah merebak kepada bahagian anggota tubuh bawah dan belakangnya, menyebabkan dia berjuang setiap hari dengan badannya sendiri dan kesakitan.

Ubat tunggal yang diambil Hai ialah ubat penahan sakit biasa. Harapannya hanya satu, "hidup satu hari tanpa perlu menahan kesakitan ini." "Kalaulah saya boleh hidup dan bekerja untuk membantu diri dan ibu saya," Hai berkata.






APAN dapat kat SINI!

*******
From Wikipideatumor or tumour is commonly used as a synonym for a neoplasm (a solid or fluid-filled (cystic) lesion that may or may not be formed by an abnormal growth of neoplastic cells) that appears enlarged in size.[1] Tumor is not synonymous with cancer. While cancer is by definition malignant, a tumor can be benignpre-malignant, or malignant, or can represent a lesion with no cancerous potential whatsoever.

APAN menambah : sumber asal dalam bahasa inggeris. untuk meningkatkan kadar pembacaan, aku translate kepada bahasa melayu. jika terdapat kesilapan, sila maklumkan. cuma sumber dari wikipedea tu je masih dalam bahasa inggeris. senang je nak paham yang tu kot. kalau aku boleh paham, mana mungkin korang tak. huhu...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP