Ular Sawa Telan Buaya Selepas Pergelutan 5 Jam (Gambar+Video)
>> 10 Mac 2014
Kejadian ini berlaku di Tasik Moondarra, Queensland, Australia. Seekor ular sawa dikatakan telah bertarung dengan seekor buaya di tepi tasik tersebut. Tiffany Corlis, seorang wanita yang menyaksikan peristiwa itu sempat merakamkan aksi pergelutan dua ekor pemangsa ini. Pertarungan hidup dan mati itu dimenangi oleh ular sawa, malah buaya yang mati turut menjadi santapan kepada ular sawa.
Ular yang dianggarkan sepanjang 10 meter ini dianggap sudah menang apabila berjaya membelit sepenuhnya buaya. |
Sebaik sahaja buaya dibunuh, si ular mula menelan mangsanya itu, bermula dengan bahagian kepala mangsa. |
Buaya pula dikatakan berukuran 6 kaki panjang dan dengan perlahan ditelan oleh ular. |
Ular berlalu pergi sejurus ia menelan buaya sepenuhnya. Kenyang! - Mail Online |
0 komen:
Catat Ulasan